Skip to main content

Pokok timpa rumah.

Assalamualaikum...

Khamis lepas EL sebab terbabas tidur lepas subuh.
Maka, balik la kami anak beranak ke rumah mertua. Sebelum balik, singgah melawat tok che dahulu, sempat jugak cuci mata kat jualan gudang Anakku di SBJ Kutan tu. Tak delah murah sangat pada kite. Cheapskate. Ada jugak la grab 2 pasang kasut untuk anak-anak saudara baru dan sehelai t-shirt raya untuk Thaqif.

 Perancangan nak balik semula rumah lepas berbuka hari Sabtu tu. 
Tup-tup pagi-pagi tengok phone dah banyak sangat miscall dari abah. 
Rupanya abah nak beritahu pokok tumbang timpa rumah kami pada hari jumaat tu.  Abah suruh balik kemas barang risau kalau atap bocor. Laki bini dah tak senang duduk. Angin kuat sangat kot sampai pokok pun tumbang. Macam-macam dalam kepala, teruk sangat ke? Ujian la buat kami.
Mak dan ayah tak de kat rumah. Tunggu mak ayah balik dahulu baru gerak balik.

Sampai rumah, tengok dari depan...
Laaa... taklah teruk sangat kot... Pokok yang menjalar je tumbang.



Tengok dari dapur...

Terus speechless. Besarnya pokok tu...



Ahad, abah dan husband dah pakat-pakat bersihkan panggil orang turunkan pokok dari atas atap tu. Semalam, pun nak bersihkan lagi dan panggil orang untuk baiki atap tukar apa yang patut la.
Nasib baik jugak berlaku masa husband ada kat rumah boleh tolong apa yang patut. Nasib baik kami anak beranak tak de kat rumah masa tu. Mesti kite panik giler la waktu berlaku tu fikirkan anak, ingatkan gempa bumi ke apa.
Dugaan dibulan ramadan.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...