Followers

Friday, 30 January 2015

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum...

[ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH]

Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later.

Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri. 
At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu. 
Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah.
Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU.

Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it.

Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah.
Chit-chat kedai kopi, orang tersebut menawarkan sebidang lot tanah banglo berkeluasan 5500kp pada harga 38K. Berpatutan daripada harga pasaran yang mencecah 45-50K sekarang.

21.3.2014 - Suka-suka pergi tengok tanah itu dan rasa macam berkenan jer dengan lokasi dia.

Nak beli tak nak beli. Dilema sangat. Tanya pendapat abah, in-laws semua. They say okay. Kami proceed with the deposit.
23.3.2014 - Bayar deposit.

Adalah juga argue manja-manja dengan husband. Well, at first dia api-apikan kite suruh beli. Bila dah setel bayar deposit, dia pulak dok was-was, tak yakin. Owh. Sabar ajelah kite. Tapi seperti biasa, bila menghadapi situasi tegang ni, as wife, kite kenalah lebih bijak bertoleransi, bagi reason yang munasabah dan beri keyakinan yang kita afford to do this biarpun kite sendiri tak nampak lagi future tu macam mana punya expenses since going to have baby soon.

Alasan yang diguna pakai :
1. It's corner lot dear. 5500ft, other lot only 4900ft only.
2. It's in Machang, middle of KB-TM/GM. Only 1km from the main road.
3. The price reasonable. 38k of 45-50k. Can we get it at same price in 2,3-10years?
4. Tanah bergeran. Ada jugak tempat lain yang kita survey, harga lagi tinggi tapi tak ada geran. Risiko.
5. Kalau kita masih stay di KL/Selangor, mungkin masih belum peluang nak beli any property lagi.
6. Think of our baby...its not for us, for he/her future too. 
7. Insya-Allah rezeki Allah itu luas. We can survive.

(hey! kalau tak bijak ambil hati suami itu, takkan nak patah balik mintak deposit kat orang itu ken.)

Oh, deposit itu kami bayar 1k sahaja. Actually deposit ni kenalah siapkan dalam 10% dari harga sebenar. (so lepas ni kalau plan nak beli rumah/tanah/kereta make sure ada simpanan khas untuk tujuan tersebut)
Tapi since orang itu kenalan kami, maka kira kowtim jer. Bayar sebagai tanda kami nak beli tanah tu sahaja.
Kami tak ada surat perjanjian etc sebagainya kerana ia akan menambah kos untuk proses pembelian tanah ni. Kira mudah-mudah jer sebab penjual tu kenalan kami.
#Surat perjanjian, pembayaran deposit penting untuk mengesahkan bahawa kita dah pun membayar deposit etc. In case berlaku penipuan ke apa-apa, kita boleh gunakan surat itu untuk menuntut kembali hak kita. Haruslah siapkan dalam beberapa ratus-ribu untuk agreement ni sebab kena melalui peguam etc.


TIPS NAK BELI TANAH :

1. Survey harga dan lokasi. Pastikan mampu milik, bersesuaian dengan ekonomi keluarga.
2. Pastikan property ada geran (sesetengah tanah masih tak ada geran adalah berisiko, kerajaan negeri boleh tuntut bila-bila masa)
3. Sediakan 10% deposit (sila ada simpanan khas untuk beli property)
4. Tanya pendapat kedua daripada orang berpengalaman.

NAK TIPS BELI RUMAH?
Rujuk SINI. Kite rasa ini lengkap dari awal till end la puan nadia ni bercerita...

Mungkin ada orang tanya, beli tanah, kenapa tak beli rumah je terus. Hu. Jawapannya, tak mampu. Harga rumah kini mencecah ratusan ribu sudah. Gaji kite kecik je. Dapat beli tanah tapak rumah camni pun dah cukup bersyukur kot. Lebih baik ada daripada tak ada langsung kan?

Next post kite share pengalaman kite buat personal loan pulaks.

Thursday, 29 January 2015

Shopping kat Lazada lagi...

Assalamualaikum...

Ada anak, segala benda nak beli untuk memudahkan, nak terbaik untuk anak je... 
Haritu papanya balik jalan-jalan kite beli mainan sampai 2, pastu beli baju lagi. Papa Thaqif dah, eh sayang tak nak beli apa-apa untuk sayang ke?
Boleh plak kite menggeleng sambil senyum. Hahaha... Bila jadi ibu, barang anak lengkap, ibu puas hati dah.
Tu pun dalam hati sibuk survey slow cooker tu, supaya mudahlah nak masak bubur untuk anakda. Hihi.
Untunglah #muhamadthaqifaiman. Papanya dok tergeleng-geleng kepala tengok keletah ibunya ni.

27Januari2015. Lazada buat SALE sempena CNY. Kelabu lagi mata mak ni. Aim nak beli lunchbox electric ja supaya senang nak masak bubur, panaskan bekal makan Thaqif, siap hasut kawam ofis beli sama sebab nak dapatkan free postage. Tup-tup tengok harga diapers kegemaran anak itu RM90 per kotak pastu ada red tag lagi. Red tag mean extra discount.  Fuhfuhfuh... Wajiblah shopping terus walaupun ada 1 kotak lagi pampers tak dibuka kat rumah tu... This time ambil saiz L, kot habis 1 kotak stok kat umah tu anak dah tak muat saiz M ke kan. 


Total semua belian RM160+, kebetulan ada baucer RM25 kalau shopping Rm150+, terus gunakan sahaja. Cuma tak faham jugak kenapa ada bulky fees tu lagi? Siapa tahu kenapa? Bukan syarat lazada shopping above RM75 free postage ke?

Lamoo tak belanja gamboo Thaqif kat belog...kasi la sekeping gamboo budak kena buli kat ibu...hihi...

Wednesday, 28 January 2015

Bergedil Ayam vs Sandwich Sardin...

Assalamualaikum...

Menu breakfast pagi semalam... 
Saja bikin throwback sikit...


Minggu ini Thaqif makan bermenukan sup ayam. Ayam sampai 5 ketul ibu Thaqif masak tu tak terhabis pun dimakan anak. Daripada simpan lama-lama isi ayam sup itu, kentang pun bergolek-golek je kat dapur itu. Marilah kite gentel bergedil kata kite didalam hati... Motif? Terliur je tengok bergedil dekat kedai nasi kukus itu, geram nak beli tapi bergedil itu tak de rasa ayam pun RM1.40 seketul. Rasa menggigil je tangan kite nak bayor. Pastu makan pun jimat-jimat tak nak cepat habis. Kikiki.
Baik buat sendiri laaaa...

Bahan-bahan : 
Ubi kentang 5 biji potong nipis dan goreng (kite rebus je kasi empuk)
1 biji bawang besar/ bawang holland dadu
Segenggam bawang goreng
1 sudu lada sulah/lada hitam
Daun bawang (kite ganti masuk 1 biji cili merah cincang)
Isi ayam goreng dicarik-carik (kite guna isi ayam lebihan masak sup je)
Telur

Cara-caranya :
1. Tumis bawang yang didadu.
2. Kentang di lenyek. Masukkan ayam+ bawang yang ditumis+bawang goreng+lada sulah+cili merah. Gaul sebati.
3. Bentukkan bulat-bulat sesuai citarasa, kite bulat kecil-kecik sebesar nugget je.
4. Celup telur dan goreng.

Mudah dan senang je kan?
Sedap dan cukup rasa ayam, dah macam nugget dah plak kata officemates kite.

Later Thaqif dah ada gigi, boleh adjust resepi dan buatkan bergedil ni sebagai finger food untuk Thaqif pulak.


Dah plan baik punya dengan officemate lunch semalam mo pergi makan nasi ayam kat bandar KB itu. Pagi haruslah breakfast light-light je (sokmo makan nasi berlauk terus pagi-pagi, tak amek lunch). Depa bagi idea makan roti canai je pagi tu. Ibu menyusu, mana pass makan roti canai kosong je, jammed la kilang nanti tak cukup minyak. Teringat pulok, sardin dari bantuan banjir masih ada, maka kite buat sardin, korang carilah roti okey.

Bahan-bahan : 
1 tin besar sardin
1/2 biji bawang besar didadu
5ulas bawang putih dicincang
5biji cili padi
1 biji limau nipis
2 biji tomato didadu(tak letak pun takpe)

Cara-cara :
Ikan sardin, di buang tulang dan hancurkan. Ambil ikan je, kuah sardin tak diguna.
Tumis bawang besar dan bawang putih serta cili. Masukkan isi ikan sardin. Masukkan tomato. Kacau dan masak biar agak kering (tak berapa kering pun sebab tomato berair). Tutup api, perahkan air limau nipis. Kacau sebati. Angkat dan sedia untuk ngappp!

Tujuan limau nipis untuk elak bau hanyir ikan sardin itu, lagipun kite suka sardin pedas dan masam-masam. Yummy.
Selamat mencuba!


Tuesday, 27 January 2015

Chicken Soup for #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum...

Bila ibu dah masuk dapur memasak untuk anak tersayang. Semua pun boleh okey...
Ibu pun kind of bored asyik masak bubur kosong + puree buah/sayur untuk Thaqif. Pasta bolongonese pun dah pass. Now, new phase chicken soup. Pheww...
Dah perkenalkan ayam untuk Thaqif bersama pasta bolongonese itu. 
Maka, kini jadikan ayam itu sebagai perasa utama. Sup ayam.

Masak sup ni sap-sap soi jer... Kite masak sambil layan Thaqif ekkekk nak tidur. Saja nak cakap betapa cepat dan senangnya nak masak sup. Kahkahkah...

Bahan-bahan :
1. Ayam 1 ekor (kite buat 5ketul ayam jer- buat bebanyak bukan makan habis pun)
2. Bawang holland 1 biji
3. Bawang putih 5 ulas
4. Halia 2 inci
5. 4sekawan (sup bunjut pun boleh-all in 1 bunjut)
6. 2batang carrot
7. 2 batang saleri
8. Sedikit minyak zaitun untuk menumis (kite terguna minyak biasa jer pasal kalut dengan Thaqif ekkekk nak tidur tu)

Cara-caranya :
 Tumis bawang putih+bawang merah+4sekawan (letak sup bunjut pun boleh)+halia.  Masukkan air sepenuh periuk. Campak ayam, carrot, saleri. No salt, no sugar please, enough with carrot and celery as flavour.Masak hingga air tinggal separuh(adalah lebih baik hingga isi ayam semua tertanggal sendiri dari tulang). 

**Kite sangat lebihkan bawang putih dan halia,  bagus untuk antibodi kuat katanya... Pencegahan yang berjaya kala anak kite tengah mood bengkak gusi nak keluar gigi. Semoga jangan demam ye anak.

Hari pertama kasi bubur+ayam+saleri+carrot blend + sup ayam.  Agak be3kuahlah. Atok kata Thaqif slow sikit makan. Memang perati je Thaqif kurang sangat makan makanan cair gitu. Kentang lecek pun lagi laju makan yang kosong berbanding yang campur dengan susu ibu.

Hari kedua, kite masak pasta+sup ayam+ayam+saleri+carrot (blend semua,sup kurangkan sikit). Thaqif makan sampai habis.

Today, kite bagi kentang+ayam+saleri+carrot blend + sup ayam. Reaksi tak tahu lagi la. Hope okeylah, sebab kentang one of his favourite. Kalau tak back to pasta la besok. Yummy!

Confuse jugak, adakah sebab pasta atau sebab sup Thaqif finish the food of second day tu. Beginilah bila ada anak, kena try n error jugak apa yang anak suka dan tidak suka. Ibu kena lebih kreatif la dalam menghidangkan menu untuk anak.

Anything, I still love my job as a mum to my son, cooking for him watching he growing daily. It most precious moment. Oh! Son, please don't grow to fast, ibu will miss to hug you with my whole arms.  

 Kiri, carrot+celery blend. Tengah sup ayam. Kanan, isi ayam - which dah selamat jadi menu breakfast ibu pagi ni. Kikiki...

Sup ayam nampak berminyak. No worries, put in fridge, dah agak beku, boleh remove minyak itu dengan mudah, then panaskan semasa nak hidangkan kepada anak.

Monday, 26 January 2015

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Assalamualaikum


Pasta Untuk #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum...

Remember my last entry about never to late itu?
Semalam kasi bekalkan anak ke rumah opahnya dengan kentang + ikan bilis + madu + Pevoo sahaja.
Pastu balik kerja semalam tak terus bersusah-payah memasak bubur. 9.30pm baru terhegeh-hegeh ingat pasal makanan anak untuk hari ini belum siap. Mata dah mengantuk kalau nak tunggu masak bubur.
Immidiately check the kitchen.
Pasta ada, tomato ada, ayam ada. Marilah kite merealisasikan mimpi menghidangkan anak dengan menu pasta...
Memula nak mula masak. Freak!
Aiseehhh! tak de resepi. Macam mana nak buat? Malas nak surf tenet memalam.
<rasa nak simpan segala bahan balik doh>
Namun! ting!
Minda menjana resepi dengan pantas.

Bahan-bahan :
1 biji tomato
1 kiub puree carrot
Isi ayam
PEVOO
Pasta baby (Heinz)

Cara-caranya :

1. Rebus 5sudu teh pasta baby. Sekejap je pasta baby ni lembut sebab tekstur yang halus sajoo.
2. In other pot, rebus tomato dengan kulit hingga kulitnya pecah aka mengelupas sendiri. Buang kulit dan blend sekejap.
3. Dalam kuali, tumis ayam yang telah didadu halus mengguna PEVOO. Masukkan tomato yang sudah di kisar. Masukkan 1 kiub puree carrot untuk dapatkan rasa manis semulajadi. Masak seketika. 4. Dah mendidih. Tutup apinya dan tuang sahaja sos pasta ke atas pasta.


Syok tengok pasta cecomel diselimuti sos pasta itu. Nampak yummy! Rasa pun yummy. Bhahaha...
Papa Thaqif pun dok merenggek nak sebab nampak sedap sangat...

** Kite blend sikit pasta+sos itu sebelum bagi Thaqif sebab Thaqif belum ada gigi, ambik gamboo je beria tanpa blend

Untuk Thaqif sebenarnya tak blend pun tak pa dah pasal gusi dah kuat, dah pandai kunyah-kunyah. Bagi epal separuh, dia boleh gigit-gigit isi epal tu sampai tinggal 1/4. Tu kira dah abes boring nak gigit la tu. Seronok giler tengok Thaqif dok gigit-gigit epal tu macam menyelerakan sangat. Kasi makan dengan pemerhatian penuhlah sebab kadang Thaqif gigit sampai isi epal terkopek, risau lekat plak dalam mulut, tapi so far tak de la.


Sunday, 25 January 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum.

Nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju muslimah , Kasut , Beg , Barang-barang Gym , Buku , Barang Dapur , dan banyak lagi akan melancarkan GiveAway semasa Tahun Baru China iaitu pada 19 Februari 2015 .

Untuk maklumat lanjut cara-cara join giveaway ni, kalian boleh klik link LYSSA FAIZUREEN.


Klik banner untuk memilih produk

If I won, I will buy :

wcc7263 Elegant Stylish Jacket
RM25.71  RM58.30


WBAC71545 Belt
RM5.00  RM20.14

RM19.90  RM63.60


RM24.70  RM31.69


Jumlah harga barang : RM42.80 + RM25.71 + RM29.90 + RM5.00 + RM19.90 + RM24.70 =RM148.01




Diari Dapur : Homemade Spagetti Carbonara Sauce Terpaling Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Lamanya tak berkongsi resepi di blog kesayangan. 

My all time favourite, dan menu paling mudah bagi kite ialah spageti. Hari-hari spageti pun takpe. Sebelum ni pandai buat homemade spagetti merah tu jer. Now, upgrade kepada sos putih aka carbonara. Wajib belajar sebab suami kite suka sangat spagetti carbonara ni.

 Bahan- bahan :
1. 5 ulas bawang putih 
2. 3ulas bawang merah (tak letak pun takpe tapi kite suka manis-manis bawang sikit)
3. Olive oil (untuk menumis)
4. 500ml susu kotak dutch lady (kite guna 2kotak susu fullcream kecik jer)
5. 1 sudu tepung gandum (agen pemekat)
6. Sosej/nugget (kite guna nugget ayam cheese brand saudi- sedap!)
7. Cendawan butang dalam tin (tak guna pun sebab takde)
8. 2keping chesdale
9. Serbuk lada hitam ajishio
10. Spagetti


Cara-cara :

1. Cincang bawang, dan tumis menggunakan sedikit olive oil. 
2. Masukkan nugget.
3. Bila bawang sudah naik bau, masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tepung tidak berketul.
4. Masukkan cendawan butang yang dihiris nipis. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa- suka pedas masuk lebih. Kacau sehingga mendidih.
5. Dah mendidih tutup api baru masukkan cheese. Kacau hingga cheese mencair. Tutup api. Siap. Boleh dihidangkan bersama spagetti.

**kite tak masukkan garam pun dalam sos carbonara itu, cukup dengan serbuk ajishio dan chesdale sahaja.

Eh! lupa step rebus spagetti.

 Masukkan air dalam periuk besar, masukkan spagetti ke dalamnya. Renjis beberapa titik minyak dan dan sedikit garam untuk perasa. Biar spagetti masak. Kalau spagetti dah lembut, dah masak le tu. Angkat dan toskan airnya. Siap!

Makan time! Nomnomnom...



Wednesday, 21 January 2015

CPUV Januari2015

Assalamualaikum...



4 CPUV baru masuk pada bulan Januari sedang berkelip-kelip di blog kite.
tQ nuffnang coz selalu kasi CPUV, yang bulan november dan disember pun masih ada yang on going dapat lagi lagi yang baru. Nanti kasi banyak-banyak lagi yer!

Tuesday, 20 January 2015

I HATE DRIVING!

Assalamualaikum...

Suami pulang. Maka MC jua kite 2 hari. 

Today, trying to drive to work with husband besides me. 

Sound from left : ''sayang!'', ''slow!'', ''berhenti!''

Burgh! 

Okay. I am so new in this field.

Suddenly I realised that why I hate driving... T__T

I hate driving because I dont like jammed. Stressed!

I hate driving because i dont like drive to fast. 60km/j is already too fast for me.

I hate driving because I dont like to sneak around other car. Kelantanese very impatiently. When everyone keep sneak around me, I can just be freeze. Not good in driving, i will intrupt others. Yeay! I know.

So... Really. I hate driving. 

Not because the manual car, even auto i will still not like to drive.

I will/ I can drive around my village because not jammed. I will not drive to work.
If there no choice, I still  more prefer take a bus then drive my own.
Remember, i rather love my routine while I stay at Ampang, working at PJ, everyday take LRT, change train at Masjid Jamek and take bus to my office.

 The end.


Thursday, 15 January 2015

GET 50 FREE 4R PRINTS

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas kurier menelefon cakap nak hantar barang. Kite dah blurr...Belum gaji, rasanya tak de shopping apa-apa.
Bila pulak shopping ni? Apa benda la pulak sampai ni?

Rupanya dari foto-zzom. Baru teringat kite subscribe update dari foto-zzoom pastu dapat promosi free print 50pcs 4R photo. Bayar postage RM15 je. Okey letew. Daripada asyik pending nak pergi kedai gambar nak print.


Seronok yang amat hookey... Selama ni asyik pending jer nak print gambar dalam phone, pendrive, hard disk. Now, dapat free, lelaju la print sebelum ter-erase oleh virus ke ape. 
Kite print gambar-gambar semasa bercuti di CH dan gambar-gambar anakda tersayang.



Submit order pada 05/01/15, dapat pada 13/01/2015.
Di bungkus cantik dalam kotak, dengan berbubble wrap dan kertas minyak lagi. Memang sampai dalam keadaan good condition la.


Best sangat. Pastu subscribe lagi guna e-mel suami tersayang pulaks. Hikhikhik...

Sharing is caring.
Nak dapatkan free print 4R photo jugak? klik gamboo dibawah yer.



Wednesday, 14 January 2015

koleksi cermin mata Ray-ban aviator 2015

Assalamualaikum...



Sebut sahaja Rayban pastinya semua mengenalinya sebagai jenama aksesori yang sangat popular dalam industri fesyen di seluruh dunia. Produk daripada jenama popular ini turut dipasarkan di banyak negara termasuk Malaysia. Di Malaysia kita boleh dapat lihat koleksi cermin mata hitam Rayban sering mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.



Selebriti-selebriti terkenal Hollywood juga sering menggayakan koleksi cermin mata Ray-ban aviator terkini walau ke mana sahaja mereka pergi. Cermin mata aviator Rayban sangat versatile memberi ruang untuk si pemankai memadankannya dengan hampir apa sahaja persalinan bagi kelihatan lebih stylish dan menarik! Malah amat sesuai untuk dipakai dan digayakan sepanjang hari dengan cukup selesa. 



Memiliki cermin mata daripada label popular ini adalah  ibarat satu bentuk pelaburan yang menguntungkan dan berbaloi kerana ianya juga tahan lama dan memberi peluang untuk anda memakainya dalam jangka masa yang lama.  Koleksi cermin mata Rayban aviator 2015 hadir dengan kualiti yang terbaik kerana melalui proses pembuatan yang sangat teliti. 



Keluar pada hujung minggu bersama rakan-rakan atau teman istimewa? Padankan sahaja seluar jeans dan kemeja berwarna gelap bersama Rayban aviator. Penampilan ringkas itu pasti akan dapat menarik perhatian ramai di sekeliling dan memuji cita rasa pemakai yang cukup baik dalam berfesyen!