Skip to main content

Bergedil Ayam vs Sandwich Sardin...

Assalamualaikum...

Menu breakfast pagi semalam... 
Saja bikin throwback sikit...


Minggu ini Thaqif makan bermenukan sup ayam. Ayam sampai 5 ketul ibu Thaqif masak tu tak terhabis pun dimakan anak. Daripada simpan lama-lama isi ayam sup itu, kentang pun bergolek-golek je kat dapur itu. Marilah kite gentel bergedil kata kite didalam hati... Motif? Terliur je tengok bergedil dekat kedai nasi kukus itu, geram nak beli tapi bergedil itu tak de rasa ayam pun RM1.40 seketul. Rasa menggigil je tangan kite nak bayor. Pastu makan pun jimat-jimat tak nak cepat habis. Kikiki.
Baik buat sendiri laaaa...

Bahan-bahan : 
Ubi kentang 5 biji potong nipis dan goreng (kite rebus je kasi empuk)
1 biji bawang besar/ bawang holland dadu
Segenggam bawang goreng
1 sudu lada sulah/lada hitam
Daun bawang (kite ganti masuk 1 biji cili merah cincang)
Isi ayam goreng dicarik-carik (kite guna isi ayam lebihan masak sup je)
Telur

Cara-caranya :
1. Tumis bawang yang didadu.
2. Kentang di lenyek. Masukkan ayam+ bawang yang ditumis+bawang goreng+lada sulah+cili merah. Gaul sebati.
3. Bentukkan bulat-bulat sesuai citarasa, kite bulat kecil-kecik sebesar nugget je.
4. Celup telur dan goreng.

Mudah dan senang je kan?
Sedap dan cukup rasa ayam, dah macam nugget dah plak kata officemates kite.

Later Thaqif dah ada gigi, boleh adjust resepi dan buatkan bergedil ni sebagai finger food untuk Thaqif pulak.


Dah plan baik punya dengan officemate lunch semalam mo pergi makan nasi ayam kat bandar KB itu. Pagi haruslah breakfast light-light je (sokmo makan nasi berlauk terus pagi-pagi, tak amek lunch). Depa bagi idea makan roti canai je pagi tu. Ibu menyusu, mana pass makan roti canai kosong je, jammed la kilang nanti tak cukup minyak. Teringat pulok, sardin dari bantuan banjir masih ada, maka kite buat sardin, korang carilah roti okey.

Bahan-bahan : 
1 tin besar sardin
1/2 biji bawang besar didadu
5ulas bawang putih dicincang
5biji cili padi
1 biji limau nipis
2 biji tomato didadu(tak letak pun takpe)

Cara-cara :
Ikan sardin, di buang tulang dan hancurkan. Ambil ikan je, kuah sardin tak diguna.
Tumis bawang besar dan bawang putih serta cili. Masukkan isi ikan sardin. Masukkan tomato. Kacau dan masak biar agak kering (tak berapa kering pun sebab tomato berair). Tutup api, perahkan air limau nipis. Kacau sebati. Angkat dan sedia untuk ngappp!

Tujuan limau nipis untuk elak bau hanyir ikan sardin itu, lagipun kite suka sardin pedas dan masam-masam. Yummy.
Selamat mencuba!


Comments

  1. Begedil sedapnye...sarfin buat sandwich sedap. Mkn dgn roti mmg kenyang..

    ReplyDelete
  2. Wah...rajin2..terus terliur nk bergedil jugak..okey..bahan2 ada dah ni..nk wat jugaklah...

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa bergedil. lama tak makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat cari bahan nanti buat jugak bergedil.hihi

      Delete
  4. memang mahal orang jual begedil sekarang..kemain hambek huntung kannn..benci tau..!!
    buat sendiri harusss puas hati kan kan kan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...