Skip to main content

Meroyan di Mr. DIY Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...

husband ada di kampung mestilah macam asyik nak bertepek je wife ni.Pergi kerja asyik menghitung masa nak balik je Nak spend time dengan husband dan anak.
^__^

Rabu aritu pun camtu la, siap stress-stress malas nak pergi kerja sebab malam sebelum tu pergi menyelam tudung kat wakaf che yeh. Balik dah pukul berapa ntah. Nak EL sayang jugak cuti. Pergi jugak kerja dengan lemau. Kena plak turun bawah mencari bht untuk orang audit. Perasaan tambah lemau...dengan pening kepala lagi.erm.
mengadu kat husband, rasa nak amek off petang la, macam tak sihat, nak balik tidur je.
husband memang on sentiasa kalau bab-bab camni sebab dia bosan jugak dok rumah sorang.
macam kite pernah cakap, kami kalau dok dekat, berpisah kejap pun laju mesej/whatsapp, boleh plak dia umpan kite tanya nak pergi dating kat mana. Pfff...
kite jawab xtau tapi dalam kepala macam-macam tempat dah muncul. Mood pening demam sume dah terbang dah.
Bila husband ajak dating berdua aka follow je wife nak ke mana, siapa tak suka kan?

masuk kereta teruslah suruh husband hala ke kedai bahan kek nak beli tepung muffin segera. Pastu, eh, jom pergi mr.DIY. Konon nak cuci mata, aim nak beli khemah mainan untuk Thaqif-sebab ada baca kat blog aritu cakap beli kat mr.DIY murah sangat.

Dah masuk situ, rambang mata la. Barang best, harga murah. Macam benda berkenan, berangan nak deko-deko kat rumah tu, aksesori kereta bagai.

macam-macam shopping. Best sebab murah-murah je. Husband terkagum-kagum pencukur tu ada yang serendah RM12.90 tapi husband amek yang RM33.00, lagi best kata dia. Charger phone rosak katanya, pun rembat RM7.50, gunting dan pen pun husband punya jugak-maklumlah bangsa cepat hilang pen 1pack RM3.30. Bantal merah comel tu husband suruh amek nak lapik duduk dalam kereta sebab kite tak cukup inci, ambil dua terus bagi adil, RM11.90/pcs. Since nak raya semua kakak nak balik baru teringat bilik air belakang tu lampu rosak, belilah, RM2.90, penyidai towel dalam bilik kite pun dah lama tercabut, beli jugak RM19.90. Penutup lubang kat toilet pun dah rongak digigit tikus, beli jugak yang steinless steal RM8.90. Teringat pulak hari jadi anak saudara bulan Julai, terus beli pen warna warni 24pcs RM8.90 je. Dekat-dekat nak raya ni, rembat la sampul duit raya 10pack x RM0.60. 

Untuk Thaqif pun shopping jugak tapi bukan khemah idaman ibu pastu semua stok yang ada warna pink, lagilah ibu tak beli.

beli buku je untuk Thaqif since dia memang suka buku. Pun murah je, yang kecik tu rm1.90, yang besar tu rm2.80.


Selesa la shopping di Mr. DIY Kota Bharu ni sebab ada tiga tingkat, siap-siap dibahagikan department pada setiap tingkat.  Biasa masa dok PJ sana pergi mr.DIY tu di satu floor je, sikit-sikit skip lorong la penat nak jalan. Kat sini seronok tawaf setiap tingkat tanpa skip 1 lorong pun, makin excited je nak panjat tangga.

Marilah pakat shopping kat Mr. DIY, pasti rambang mata dengan harga murah. Untuk lokasi Mr.DIY di seluruh Malaysia rujuk SINI .

Husband siap cakap nanti dia balik lagi nanti nak pergi lagi. Nak shopping aksesori kereta katanya. Hihihi...mudah betul terpengaruh.
Kite on je, dah aim nak beli storage box letak kat dapur lagi.

Comments

  1. dekat mana MR DIY kat Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan Sultan Yahya, Taman Maju, Kota Bharu
      Lot 240, No. 4702-L, Taman Maju, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan

      Delete
  2. DIY smp 3 tingkat no wonder shopping macam2, yg dekat dgn umah setingkat je, buku2 untuk knk2 tak de pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.mcm2 beli.kat sini ada buku kanak2, coloring book hingga pre-school pun ada.best.memang nanti beli kat sini jelah buku utk thaqif.jimat.

      Delete
  3. Best kan masuk Mr DIY? Imah kalau masuk mesti ada jer benda nak beli. Sebab barang dia murah2 tapi worth it

    ReplyDelete
  4. memang boleh meroyan kalau masuk sini kan..hehehe akak pun macam tu la,mcm2 barang nak dibeli kalau masuk mr diy ni... oh khemah kaler biru dah takde ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah xder dah.pink2 je semua.sedih je.harap next time pergi ada la stok warna biru plak

      Delete
  5. amboi...smpai3 tingkat.kt sbrg jaya baru 1 floor tu pon sempit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun memula ingat setingkat je. dah sampai kaunter bayaran baru tahu ada 3tingkat rupanya tangga tersorok.terus panjat tangga sambung shopping la.

      Delete
  6. Kat kelantan selain kb kat mana lg ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cek sini lokasi2 mr diy http://mrdiy2u.com/en/locate-us/

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d