Skip to main content

4 ketul RM5 je

Assalamualaikum...

Kalau orang kenal kite, kite memang bangsa suka free gifts, samples, and point/money collector.
 =)
My husband know me very well.
Suka mintak sampel segala lotion, shampu etc lepas tu tak guna. Bila husband balik, terus sampel shampu/mandian tu di jadikan mandian kereta. Sadis sungguh.
 Bukan tak nak guna sebenarnya tapi macam kadang packing dia comel je, terus macam sayangnya nak guna.
Sampel berbentuk makanan, dan susu/diapers Thaqif tu guna la. 

Pastu hari tu isi la form request sampel ubat gigi TruCare's Nano Silver, pastu dapat la 2-3ketul sampel kecik. Pastu dapat e-mel lagi untuk dapat 1 ketul yang 95g. Isi lagi sekali dan dapatlah. Husband balik hari tu, dah selamat dia bawa ke Johor dah semua tu.

In mean time, kite pun di invite join member Trumex camtu sebab boleh dapat point bernilai RM10, pastu dapat promosi buy 1 free 1 TruCare's Nano Silver Toothpaste. Of course I join! Seketul ubat gigi tu harga RM14.50. Best apa, tambah RM4.50 lagi terus dapat 2 ketul ubat gigi.

Tak tau kenapa kite hold order ubat gigi tu. In few week after that, dapat emel lagi, dapat point bernilai RM10 lagi. 
Terus semangat login, order 2 ketul TruCare's Nano Silver Toothpaste yang promosi buy 1 free 1 tu. 
Tetiba dapat lagi point. Jumlah perlu bayar hanya RM5.
Berbaloi la. Bayar RM5, dapat 4 ketul ubat gigi. Stok sampai tahun depan terus.

Seketul yang dah bukak tu abah punya. Teruja nak test la sebab kite cakap ini dapat free je. 

Klik >>> TruCare's Nano Silver Toothpaste untuk dapatkan 2 ketul sampel kecil dan dapatseketul yang 95g tu bila daftar sebagai member Trummer (link pendaftaran ahli trummer akan dapat thru e-mel)

Never enough with the free gift, ini hasil dari isi form guna nama kakak pulak. Muahahaha...
Husband punya pun isi jugak tapi alamat ke rumah Kemahang sana maka tak dapat lagi la.

 Pastu tak dapat pulak point RM10 macam kite dapat sebelum ni untuk beli lagi buy 1 free 1 tu. Serius, short term memori betul la kite ni.

  



Comments

  1. sama la...bangsa suka free gift ni tp bl dpt x guna sbb comey...hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya ingat saya sorang yang begitu. Rupanya ramai lagi yang serupa.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. klik2 la link kat atas boleh claim sampel tu jugak

      Delete
  4. wah syoknya, siapa yg tak suka free gift kan, rata-rata ramai je yang suka, lagi-lagi golongan mak-mak kan, free gift barang anak-anak pun banyak yg dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.kadang2 beli sesuatu semata2 utk free gift pun ada

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-