Skip to main content

Pengalaman Bersama Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum...

Selamat pagi!

Alhamdulillah bulan lepas rezeki menang Ephyra Skin Bar dari giveaway dari blog CoklatEyes.


Bila buka parcel nampak Ephyra Skin Bar terus sangat teruja sebab dah lama nak beli tapi asyik tertunda je. Buka kotak, bau Ephyra Skin Bar itu macam jelly je, harum terus feeling nak gigit-gigit. 



Bila tengok testimoni yang berjaya dengan menggunakan Ephyra Skin Bar. Terasa lagi teruja tau.

Kini giliran kite pulak menceritakan pengalaman sendiri menggunakan Ephyra Skin Bar yang hebat ini setelah hampir tiga minggu menggunakan Ephyra Skin Bar. 

Gambar tanpa mekap sebelum dan selepas menggunakan Ephyra Skin Bar.

Kulit lebih lembut, cerah, eye bag berkurang, liang pori merngecil dan yang penting kurang berminyak.
Pengalaman, menggunakan Ephyra Skin Bar. Seronok. 
Cuci muka, rasa fresh je dengan baunya yang sedap dan buih yang banyak. Syok je membelai wajah ni.
Part kulit lembut, cerah, eyebag berkurang, liang pori mengecil itu tak nak komen apa sebab jelas kelihatan dalam gambar kat atas tu kot.

Kite suka nak sentuh part kurang berminyak je.
Muka kite jenis kalau tepek foundation mula la minyak berkilo-kilo tahap boleh goreng telur dah terutama pada bahagian t-zone. Sangat tak suka.
Bila menggunakan Ephyra Skin Bar ni, tepek foundation pun minyak berkurang, tak rasa melekit walaupun selepas seharian memakai foundation.
 Pada mulanya kite agak takut dengan keadaan ketidakberminyak itu sebab sesetengah pencuci muka yang dapat mengawal minyak itu, terus membuat muka kite jadi kering hingga menggelupas selepas beberapa hari penggunaan. Ternyata berbeza dengan Ephyra Skin Bar ni muka masih maintain lembut, dan tak menggelupas langsung.
Seronoklah tak perlu nak rasa tension selalu bila kulit berminyak teruk-teruk,Ephyra Skin Bar kan ada.

Next, since Ephyra Skin Bar ni bukan boleh digunakan untuk seluruh badan. Kite gigih la jugak sental kesan selulit zaman mengandung dahulu. Alhamdulillah kesan selulit dahulu nampak hitam-hitam sikit kini makin berkurang, kulit lebih cerah sekata. Kalau rajin sikit lagi, mungkin hilang teruslah selulit itu. =p



 Ada rasa wow tak? 
Pastu fikir selamat ke Ephyra Skin Bar ni?
Meh nak cerita... Jangan risau kerana Ephyra Skin Bar ni 100% semulajadi. Boleh refer antara bahan-bahan terkandung dalam Ephyra Skin Bar seperti dibawah :


1) Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Bahan ini dikatakan paling berkesan, cepat malah lebih selamat untuk mencerahkan kulit. Mencerahkan kulit ini tidak bermakna memutihkan kulit tetapi menggantikan kulit yang tidak sihat kepada yang lebih bermaya. Selain itu, 

2) Rice Bran Oil
Mempunyai kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu mengekalkan ketegangan kulit serta mampu menyuburkan dengan memperbaiki kulit yang telah tidak sihat.

3) Carrot Extract
Sifat anti kerandangan mampu mengembalikan warna kulit yang lebih sekata dan lebih bersinar dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari yang melampau yang mampu merosakkan cell cell kulit muka.

4) Seaweed
Merupakan salah satu agen yang boleh menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit muka lebih anjal dan menaikkan seri wajah yang selama ni kusam dan tidak bermaya.

5) Banana Enzyme
Bertindak sebagai anti penuaan yang boleh membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halu dan berseri.

6) Kolagen
Bahan ini dapat menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit muka dengan menggantikan sel kulit dengan lebih cepat dan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.




Untuk mengetahui lebih lanjut, Untuk maklumat lanjut :


Instagram :

@ephyra2u

@ephyraskin

Website :

www.oceanlife2u.com

Facebook :

 https://www.facebook.com/oceanlife2u?fref=ts

Comments

  1. yeay. bestkan

    adik saya yg lelaki tu pon suka snangat. jerawatnya dh kurang muka pon x bminyak dah.

    saya ok. sbb x da mslh sgt. cma mula mula guna dlu.silap kat mana ntah tetiba kulit muka jadi kering.huhu.skrg dh ok blik

    ReplyDelete
  2. yeay. bestkan

    adik saya yg lelaki tu pon suka snangat. jerawatnya dh kurang muka pon x bminyak dah.

    saya ok. sbb x da mslh sgt. cma mula mula guna dlu.silap kat mana ntah tetiba kulit muka jadi kering.huhu.skrg dh ok blik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d