Skip to main content

2nd Pregnancy : Barut dan Bedung Baby dari Tasbih Cintaku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 
Dah 21 minggu + kandungan. Sekejap je masa, pejam celik pejam eh... tak lama dah nak beranak.
1st pregnancy rajin amat asal check-up update blog. Turn adik baby terus suram blog ini.
Fuhhh.. Bukan tak sayang adik baby, cuma kesempatan dan idea untuk berblog tu terbatas sikit.

Insya-Allah will keep updating when I have free time.

Masa anak pertama. Blurr-blurr je nak siapkan apa untuk baby sebab tak nak membazir membeli benda tak perlu dan hanya berserah je apa ada dalam kotak warisan dari kakak-kakak tu.

Untuk anak kedua, dah meniti, merangka keperluan newborn baby. Slowly mula nak shopping sikit-sikit untuk ibu dan baby juga. Yang penting untuk baby la.

1st shopping untuk adik baby. Bedung dan barut.

Barut yang ada banyak tapi ada kecik ada besar.
 sediakan lebih adalah lebih baik.
Sebab baby selalu poop kerap, pastu terkena barut, sehari kadang guna 3-4keping barut.
Siapkan lebih jelah lebih baik. 

Since blogger cik mah dok promote amek order untuk barut. Terus whatsapp dia order barut.
Pastu cik mah start jahit bedung, pun terus order dengan dia je jugak.

Parcel dari cik mah. Siap dapat tasbih free lagi. TQ cik mah.

 8 pcs barut. 4 yang strap, 4 bertali.

Zaman Thaqif dulu bedung tu takat pakai lampin pureen tu je. Nipis je, pastu pakai sat dah terburai anak melepaskan diri. Penting la kalau nak keluar ke apa dengan baby kan elok barut kemas-kemas tak nak bagi terkejut-kejut etc.

Bedung 3pcs.

Semua request untuk baby unisex. Any color tak nak pink. Maka tu la hasil yang ditempah,

Big Thank You to Cik Mah yang melayan order kite.
Puas hati dengan servis cik mah, laju je balas whatsapp pastu bagi harga kawan-kawan blog gitu.
Next time nak order lagi.

Nak tempah/nak beli boleh terus contact cik mah kat blog -->> Puan Mah dan page FB -->> Tasbih Cintaku.
**tak sure cik mah amek tempahan lagi tak sebab beliau pun tengah sarat dan nak berehat untuk menyambut baby baru.

Comments

  1. ada order barut gak dgn cikmah..hri tu order 5 je.. nt mcm nk order lg..

    ReplyDelete
  2. Tq utk review ni cik jelita...tq sudi order ngan cik.mah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...