Skip to main content

M2B : Check-up 28 Weeks 2 Days

Assalamualaikum...

Hari ni done check-up lagi... 
Dah bermula sesi 2 minggu sekali jumpa nurse...

Berat kite, phewww...haruslah meningkat lagi tapi maintain 1.5kg sahaja... 55.5kg. 
Baguslah... Keep it up. Tak payah bersusah payah berdiet secara over selepas bersalin. 
Well dok naik turun berat ni, till today, lebih kurang 5kg je baru naik berat sepanjang kehamilan ni.
Nak kata tak makan, makan jer. Tak apalah, banyak sikit, janji baby sihat-sihat aje. Ye dok?
Check air kencing ok.
Nurse ajar kira gerakan baby, kena kira hari-hari sampai bersalin. 
~Rajinkah? Wajib demi anak. ~
Check perut, nurse kata kepala baby kat bawah dah... Bagus. bagus.
Ukur tinggi perut tambah 1cm dari 2 minggu lalu. Sekarang 23cm.
Dah kena cucuk kali pertama.  Nurse kata, anak pertama ibu kena cucuk 2 kali.
Sobs.... Kebas ooo tangan neh...
 ~ Nak skip masak lagi hari ni boleh? ~
Bacaan hB agak merosot sikit. Turun. Sobs. 10.3 jer.
Huh! Kenapa tiba-tiba begini rendah? 
Sedih wooo...tapi fikir balik. Memang pun, dalam 2 weeks ni, kadang terlupa amek Qaseh Gold, vitamin, lepas tu dengan majlis makan-makan minggu lepas tu kite over aktif etc... Kurang rehat, tak cukup makan makanan berkhasiat gitu maka effect lew ken.
~tetiba bersyukur mesin check hb kat KD Gondang tu masih rosak, pergi check kat KK Lundang Paku kalau tak sedap jer kena ceramah kat nurse. Eh! Nurse baik jer, cuma banyak nasihat dia jer~
Next check-up 2minggu lagi, tapi on Monday plaks.
Nurse dah membebel, nak terberanak dah tapi tak pegi check gigi lagi... Next TCA, check perut kat KD, terus ke KK check gigi.
~Bertabahlah nak menunggu dekat KK tu 2 minggu lagi~

Hari ni tak ada sesi makan nasi berlauk sedap. Huks. Sebab hari ni pergi klinik dihantar abah tersayang. Suami tercinta pergi kerja terus sebab kalau suami hantar elaun kehadiran dia potong terus. RM200 ooo... Abah kata sayanglah duit tu. 
Yer jugak bukan jer lepas duit minyak kete, boleh makan satay ker pizza untuk satu family besar ni... Hat lagi best, dapat makan secret resepi yang sekian kali tertangguh ni... Sobs.
Maka, since abah dengan rela hati menawar diri hantar kite, kite on sahaja... TQ abah sayang...
Tak ada nasi berlauk sedap pun, kite makan sedap jua, sup cambell's bersama homemade garlic bread...

Baby semakin aktif bergerak-gerak. Tendangan padu tak berhenti kekadang tu. Pastu paling marah kat kite kalau tidur mengiring sebelah kiri. Nanti rasa dia sengaja-sengaja pergi kuis-kuis kat bahagian kiri tu. Rasa macam dia nak pijak tilam tu sama. Terpaksalah kite tidur mengiring ke kanan, tapi baby masih suka dok main kat sebelah kiri tu jugak... Macam kalau kite sandar perut kat meja atau kat tangan kerusi nanti baby sengaja pergi menepek jugak kat situ, siku, tendang. Hehehe... Baby nak bermain kot ken.
Pastu, hat paling tak boleh lupa, masa Ifti Liyana balik, semangat tau baby satu hari kite kat office baby bergerak jer macam tak sabar nak ajak balik nak main dengan Ifti Liyana. Dah balik, kite melayan si Ifti Liyana baby okay la, sesekali sibuk jugak excited menendang bagai. Tang Ifti Liyana jer baby sibuk memberi respon, kat Afifa atau orang lain, baby buat dek jer. 
Adakah naluri sahaja atau baby benar-benar excited dengan sepupu dia yang sorang ni?

Husband sangat teruja sekarang. Balik kerja, sambil relaks-relaks dalam bilik sibuk nak menegur baby, kejut baby. Baby bangun, marah, dan kick etc, husband tersenggih-sengih la sebab dah nampak perut yang berombak-ombak tu. Husband kata baby respon dengan apa yang dia cakap etc.

Tepek sekeping gambar di pagi hari ini...Muehehehee...


Comments

  1. Assalamualaikum awak.. bestnya dah start mengira gerakan baby.. saya pun dah kena cucuk dua kali. next month dah kena minum air gula buat kali kedua. perghhh malas rasa nak puasa tu. hehhee semoga dipermudahkan ye awak (",)

    comel je baby bump awak...

    ReplyDelete
  2. wahh.. dah 28w.. congratz dear.. :)
    jaga kesihatan, tingkatkan HB, hehehe... rendah tu.. nti kena potpet ngan cik misi.. walaupun anis misi, anis tak suka bila misi lain potpet2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. @Sheila - hiks...tulah.harap baby beri kerjasama. aritu kite try2 nak kira, memula dia gerak okey, lepas tu dush.dush.dush. tendangan padu xterkira pai nak weeweee terus. good luck ya minum air gula...

    @anis - itulah...kena mula semula makan jambu batu, etc makanan yang berkhasiat n membantu naikkan hb.

    ReplyDelete
  4. awak,,, saya balas sini ye komen untuk entri abg abil tu.. saya faham perasaan pasangan yang kematian pasangannya.. memang susah nak jumpa org yang sama tu.. yang dah lama hidup, rasa sebati kan.. teringat ibu mertua sheila... tak menangis masa arwah ayah mertua pergi.. tabahnya hati orang tua T____________T

    ReplyDelete
  5. Syoknyaaa maintan berattt. Nina ni yg kena over diet ni pasni. Almost 20kg naik. Hahahaa

    ReplyDelete
  6. @NinaAz - chaiyokkk...berpantang dengan berdisiplin la lepas ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-