Skip to main content

Thaqif vs potty training part 3

Assalamualaikum...

Hi!
Huh. Lama norr terbengkalai potty training Thaqif.

Selalu terbangkalai sebab atok masih belum beri kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan potty training ni. Maka, ibu pun kadang-kadang jadi MALAS juga.

Bulan lepas, Taufik balik bercuti hampir 2 minggu. Konon berkobarlah masa tu. Siap pesan kat Taufik tu, Papa, papa cuti ni jaga Thaqif, jangan pakaikan pampers k kat Thaqif, ajar dia ke toilet ye kencing, berak. Sabar banyak-banyak ye.
Kira, kalau seminggu direct tanpa diapers, Thaqif akan berjaya juga dengan atok nanti, boleh spin atok untuk percaya kat Thaqif la.

Tapi langit tak selalu cerah, banyak pulak ibu MC, pergi bercuti la, balik rumah Mok Tok semua. Hmm... Terkuburlah la latihan tanpa lampin pakai buang itu.

16 Mac 2017-malam.
Lepas mandi petang tu, pujuk-pujuk Thaqif tak payah pakai pampers la ye. Dia pun okey. Dalam dok lepak-lepak depan tv tu borak-borak cakap belajar la tak payah pakai pampers dah, nanti duit pampers ibu simpan tahun depan abang nak sekolah beli buku, beli beg, beli baju sekolah.

17 Mac 2017.
Thaqif free diapers dengan berjayanya untuk sehari tanpa terkencing ke apa.

18 Mac 2017
Free diapers lagi, tapi ada jugak terkucil sekali.

19 Mac 2017
Dah tak jadi free diapers sebab kenduri dah bermula.

Huhu jelah niat ibu.

Dugaan, cabaran nak fully free diapers.
Elok Thaqif dah boleh faham kenapa nak free diapers. Cuti sekolah. Musim kenduri pulak.

Habis cuti sekolah sekali lagi niat nak bagi Thaqif free diapers. Sekali opah atok kena jaga lagi Farhan pulak. Maka... huhuhu lagi.

16 April 2017
Opah ke Segamat untuk teman Amalina yang sedang mabuk mengandung. Maka Thaqif duduk dengan atok je berdua.

17 April 2017
Tekad hati nak free diapers Thaqif, terus off diapers waktu malam. Nak-nak pula stok pampers dah nipis, ibu malas nak pergi shopping pampers. Thaqif memang tak pernah terkencing pun waktu malam. Memang bertahan je sampai pagi baru bangun kencing. Itu pun kalau tak disuruh, dia tak mo je kencing.

18 April 2017
Atok kata free diapers sampai tengah hari. Siap berak kat toilet. Malam off diapers.

19 April 2017
Fully free diapers.

Alhamdulillah.
Kira lepaslah bab potty training Thaqif. Tapi kadang-kadang berjalan on jugak diapers. Mana nak dukung adik, nak urus Thaqif yang berlari nak terkencing, berak pulak.


Comments

  1. alhamdulillah dah free diapers..jimat sikit duit beli diaperskan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM