Skip to main content

Nak bercuti! Idea pleaseee...

Assalamualaikum...

Pheww... Dah almost 1/2 tahun jugak berjauhan dengan husband. Balik pun tak tentu, kadang 1malam jer sungguh tak puas nak beromantika canda riang dibawah pokok kelapa...
So this time husband nak balik early of november, siap-siap kite buat request nak 'sweet escape' bertiga je. Konon early birthday celebration la. Hoho...
Terus myH approved...
Masalahnya bila tanya mahu kemana, jawapannya ikotlah mana-mana pun boleh...
Terus lemah jiwa raga kite ini... [takut tak menjadi kalau tak proper plan]

Nak sweet escape untuk 2-3hari dengan bajet jimat saja tapi enjoy. Kat mana eh?
 Hint : Pantai timur sahaja.


1. Memula kite plan nak ke cameron aje. Dah lama plan tapi tak pegi lagi. Best jugak ken segarkan badan ditempat sejuk sekejap sambil makan strawberi fresh. Sedapnya.
Ini nak jimat, kena pagi-pagi gerak ke cameron, petang turun dari cameron bermalam kat rumah kakak di Meranto, Gua Musang jer la.

2. Besut, Terengganu. Ni myH yang bagi cadangan. Kite tak tahu apa yang menarik disitu. Tepi pantai ke eh besut ni? Kronik sikit bab geografi ni.

3. Kuala Terengganu. Ini kite taklah over tahu jugak, tapi pernah je pergi sana, pergi masuk taman tamadun islam, round sungai semua, makan keropok lekor fresh ditepian pantai. Sedap,sedap,sedap. [ke sama/dekat je ngan besut ni?]

4. Ikot hati mo sahaja bercuti di hutan simpan area merapuh tu. Macam best sangat nanti boleh main dengan ikan kelah semua, tapi kan bawak anak kecik area hutan kite seram pulak. Terus cancel...

5. Kuantan?

6. Bachok, Kelantan. Nah dalam negeri jer. Sewa chalet ajo. Aci tak? Hohoho...


Dillema sangat... Sila info klau korang biasa bercuti ditempat-tempat atas ni... Komen la ape yang seronok semua ken... tQ


Comments

  1. Pasir belanda resort kelantan. Tgk kt tv mcm best je. Dlm negeti lg jimat duit.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu...next vocation laa..akan selalu nak vocation la bila berjauhan dgn encik suami ni.hihi...

      Delete
  2. pegi bukit tinggi pahang..hihi

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..sbnarnya dh lama kte baca blog awk..dari sblm awk kawin..tp kte xde blog..anak kte sebaya..ank kte lahir 5/5/2014 di husm jgk..beza 1hari je kan..hehehe
    by the way pasal nak g short vacation tu kte prefer cameron..best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan awak...yeke? knpe xde blog boleh follow perkembangan anak sama2...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...