Skip to main content

DIAPERS ANAK

Assalamualaikum...

Arinie citer diapers anak puloks... korang pakai diapers jenama apa?

Thaqif, masa 2bulan ke bawah tu je banyak guna pampers. Hoho...Ala-ala newborn kens, memang banyak poopoo. Memula jadi ibu, disebab banyak orang suggest huggies, confident membeli Huggies Total Protection, memang high maintanance sempat beli 2-3 pack juga- new ibu sangat memang tak tau newborn sangat banyak guna diapers sehari, next baby tobat beli pampers biasa je, beli hat mahal ni untuk night use je kot. Then beralih ke Huggies warna biru (kak Iza beli)  sempat pakai 1-2 pack juga kot. Ikut kite mesti beli merah tu je sebab kite bab begini selalunya akan stick pada 1 jenis/brand sama je.
 **I still wearing the same brand pad since my 1st period. LOL. 
Kak Iza pulak rasional beli murah-murah je since anak masih kerap poopoo, dia dah anak 4 haruslah lebih berpengalaman ken.

 Pastu tukar lagi kepada Drypers. Ini pun kak Iza yang belikan-memula macam eh kerlas ke drypers, kite nak huggies -as I said I'm use to stick on 1 brand, tapi jatuh cinta jugak dengan drypers.

Kemudian, dah mula think of jimat. Konon nak try whoopee, beli dah namun sempat pakai 1-2 pcs je dengan terbocor-terbocor je sebab tumbesaran anak terlalu cepat, sebagai ibu baru, kite masih beli saiz S walhal anak dah saiz M. Bukan salah whoopee bocor ye, tapi salah ibu yang tak reti nak ukur saiz diapers dengan berat anak. Whoopee itu jadi pekasam la dalam almari. 

Kemudian mencuba lagi beli pet pet pulak since kat Manjaku ada sale. Masa ni kira tak berani nak cuba guna diapers yang berpelekat plastik tu sebab takut kulit anak sensitif la apa.

 Lepas raya husband balik shopping barang anak, beli la Fitti Basic 1 pack, drypers 1 pack. Berani mati beli Fitti Basic besar-besar tu. Nak jimat ken. Beza Rm10 hookey dengan drypers itu. Nasib baik Thaqif tak de ruam  ke apa pakai Fitti Basic itu. Ruam adalah jugak naik masa dia demam hari tu sebab masa demam tu dia pun kerap poopoo, bukan sebab diapers. Tapi dah habis musim poopoo tu, kulit licin balik dah tak merah-merah.

Dah jadi ibu ni. Every penny is count hookey... Bab membeli diapers pun kena berkira juga sebab benda pakai buang -tapi kalau anak ada masalah terpaksa beli yang okey untuk kulit dialah kens. Lucky me, Thaqif jenis tak kencing banyak sampai terbocor-bocor dan tak bermasalah kulit.

 So sekarang kite pakaikan fitti basic pada waktu siang sebab murah dan kerap tukar. Malam, kite pakaikan drypers la sebab waktu panjang, jaga kulit sikit dan untuk keselamatan, kot terbocor. Fitti pun so far tak de masalah pun pakai cuma ibu macam tak secure je, nipis je tu yang malam kita on drypers.

Tapi pakai fitti basic kena hati-hati, sekali tepek je pelekat dia sebab gam dia kurang kuat bila adjust banyak kali. so pakai bebetul terus tapi dengan Thaqif yang makin aktif itu, harapan sangat la sekali zapp.

Kadang-kadang fikir nak jimat sangat, nak je pakaikan cloth diapers. Jimat dan mesra alam gitu...Konon since anak duduk dengan abah je ken.
 Hahaha... Harapan sangat, macam rajin sangat, macam sempat sangat nak do everything. Kadang-kadang membasuh baju pun abah yang sidaikan. Apakah lagi nak uruskan cloth diapers pulak. Bincang dengan husband pun conclusion dia, 
kalau menyusahkan sayang, tak payah la.
Thank you suami sayang yang memahami. **High 5 sikit!

Sekarang mood suka everything cute, adorable, and FREE for my little boy Muhamad Thaqif Aiman...
Hari tu semangat menggila mengisi every free sample diapers...
Sekeping dua free itu dapat save sekali pakai which almost 40sen duit kita yer mommy-mommy... 
Kite isi je mana-mana jenama diapers yang nak kasi free tu macam mamypoko, drypers, huggies etc. Selain jimat, boleh juga mengenali diapers jenama-jenama lain, kot-kot nanti nak tukar pakai yang lain, so tak kelam kabut kalau dah ada pengalaman pakaikan diapers lain-lain. So, mommy-mommy yang nak jugak, laju-laju google link free sample diapers. Hoho.

Antara free sample yang dah dapat. Yang togel tu jenama babylove, dapat masa 1st time shopping di Babyland.com. Huggies tu, banyak kali dapat.

Drypers best daftar ahli boleh dapat beg ladybug comel macam kite wat entri SINI. Sebab join club drypers dapat 350mata, pastu drypers e-mel minta jawab survey, dapat 350mata lagi, tambah lagi 170mata dari 1 pack drypers yang kite beli terus layak untuk tebus drypers wee wee dry 14pcs. Banyak je mainan etc boleh tebus tapi kite rasa tak best so tebus diapers je. Jimat 14keping.


Muahahaa... Nasib la anak dapat ibu yang serba jimat. Hihihi...

Comments

  1. kalau anak kulit x sensitif x pe....drypers harga dia mmg mahal..

    ReplyDelete
  2. Azwa pun xde masalah tukar2 pampers ni..cuma xbrp minat ngan fiti sbb slalu yg lekat tu masalah...tp pampersnya okey je...skrng pkai hye baby..murah juga..pkai mlm je.sianh cik mah pkai CD

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...kan?kite rasa lepas ni nak bertukar ke whoopee la plak.pelekatnya ala drypers jugak.tp for now abeskan yg sedia ada je

      Delete
  3. Fiqa tak pernah try Drypers sebab selalu dengar cerita ramai budak tak sesuai dengan drypers. So fiqa decide tak nak try. Sekarang ni guna petpet. Dulu Huggies. tapi sejak kena boikot tukar petpet pulak.

    ReplyDelete
  4. Aqil NB pkai pet2.pstu tuko drypers tp slalu bocor kot tepi.klau nek buai msti meleleh air kencing kt lntai.tukar whoopee x sesuai.pastu hey baby...x sesuai gak sbb dua2 ni pelekat dia keras smpai luka paha Aqil.last2 pkai huggies.mlm pkai mamypoko

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan diapers pun kena ikot kesesuaian anak.so far Thaqif tak de terbocor2 dan luka2 lagi dok tukar2 jenis diapers kat dia...

      Delete
  5. Assalamualaikum awak. adam stick dengan drypers! hehehe pasni nak tukar cloth diaper since sheila dah jadi fulltime housewife. alhamdullilah. thaqif dah besar ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. high 5 sikit geng drypers.hehehe...wah...tahniah la jadi fulltime housewife dapat lebih masa bonding dengan anak.

      Delete
  6. baby memang cepat besar. utk elak ruam saya guna herbal blend je. tak pakai dah brand lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-