Skip to main content

Merancang wang simpanan anak.

Assalamualaikum...

Bila dah jadi ibu ni macam-macam fikir. Semua nak yang terbaik untuk anak je. Perbelanjaan anak, pelajaran dia nanti, kewangan dimasa depan.
 Zaman sekarang kos sara hidup makin meningkat dari hari ke hari. 
Pengalaman sendiri sambung belajar dengan wang pinjaman ptptn membuatkan kite nak elak anak meminjam juga untuk mereka belajar nanti.
Untuk elakkan hal tersebut, maka kite kena merancang dari awal la macam mana nak menyimpan untuk anak setiap bulan, dimana nak simpan etc. 
Since mengandung lagi kite memang dah survey, dan membuat perancangan awal. Mulanya kite plan untuk menyimpan seperti mana kami suami isteri menyimpan dalam ASB setiap bulan, dan buka tabung haji untuk simpan duit yang orang bagi. 
Then duduk bersembang dengan kawan-kawan pejabat mereka turut berkongsi cara mereka, iaitu dengan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak mereka. Sedari umur anak mencecah 18tahun insurans telah matang dan dapat mengeluarkan wang 18-25k. Maka, kite pun turut bersetuju dengan cara tersebut. Pada masa sama plan asal akan diteruskan.

Selepas melahirkan Thaqif, kite masih merangka-rangka akaun apa lagi nak dibuka selain asb dan tabung haji, adakah perlu buka akaun sspn juga. Hari-hari google, serta bertanya kawan-kawan di group mom to be macam mana mereka merancang kewangan anak dimasa depan. Macam-macam lagi pendapat/cara yang kite dapat. Dapat tahu insurans, serta idea untuk membeli gold bar untuk anak. Study kebaikan/ kekurangan sspn, tabung haji dan daftar haji, gold bar/dinar emas, insurans yang bagus untuk baby.Tq mommy dan daddy sekalian untuk perkongsian.

Selepas study everything, inilah cara kite pilih untuk menyimpan demi masa depan anak. Moga dapat dimanfaatkan oleh anak dengan sebaiknya. Semoga perkongsian kite ni dapat memberi manfaat kepada mommy/daddy sekalian.

1. Buka akaun tabung haji dengan wang yang baby dapat selepas lahir+duit raya. Cukup rm untuk daftar haji, terus daftarkan haji untuk anak. Nak buka akaun, hanya perlu bawa ic ibu/ayah dan sijil kelahiran anak ke kaunter tabung haji.
  Kite terus submit borang untuk potongan gaji untuk keluarga kecil kami ni, nak harap pergi masukkan seketul dalam akaun tu tak tahu bila, potong gaji jer senang tak payah pening-pening. Tak apalah, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


2. Beli polisi insurans untuk anak. Kite pilih PruBSN. Untuk pilih pelan takaful PruBSN rujuk SINI dan jumpa agen sendiri. Kite tertarik pilih polisi under PruBSN ni sebab if parent meninggal/sakit, automatik insurans itu berjalan secara percuma hingga anak berusia 25tahun, selepas 25tahun anak tu kena sambung bayar sendiri la dah kerja dan polisi selama sehingga 80-100tahun. For me tak rugi la sebab bayar insurans sambil menyimpan dan juga untuk medical card. Gitew!
 Kite ambil bulanan RM130, untuk simpanan, medical card dan hayat (kemalangan, penyakit kronik, kematian). Bajet mula-mula nak RM100 je, tapi atas advice agen kite, yang RM100 tu medical kalau berlaku apa-apa warded etc kite kena tanggung 10% dari total, manakala yang RM130 ni, semua ditanggung. Pastu proses nak keluarkan duit pun tak susah sangat tapi selepas simpanan lebih 1k la. Pastu jika mampu nak masuk polisi lagi mahal pun boleh, akan ada kelebihan di certain bahagian. Nak tahu cari agen pruBSN anda.

Untuk ore kelate, nah kite tepek kad agen pruBSN kite sekali, kot-kot korang berminat jugak. I'olls senang amek agen dekat-dekat je, apa-apa terjadi senang nak claim etc, pejabatnya dekat KTC- Kelantan Trade Center jer. Alhamdulillah, Puan Raihan ni mesra orangnya, kite sikit-sikit confuse dengan polisi ke apa-apa terus je whatsapp dia, nanti dia akan reply secara sopan santun dan jelas. Kalau lambat sikit reply itu normal la, kot dia ke toilet ke hape, kite memahami sudah.

 Dah lulus polisi, rajin je datang bagi resit,buku nota/planner, serunding lagi. Nanti datang lagi nak bagi medical card pulok...



3. Beli goldbar, simpan, jual bila perlu nanti. Target setahun 1 goldbar 10g je. Mungkin bermula dengan dinar emas je dulu, sekeping dinar emas sekarang pun boleh cecah rm600+ Bila dinar emas dah berkeping-keping, jual dan beli goldbar pulak. Kira upgrading la. Kite pilih untuk beli dinar emas/goldbar public mutual kerana susut nilainya lebih rendah berbanding dinar emas / goldbar syarikat lain. (Ini belum berjalan lagi, target mahu settle bout pendaftaran haji ibu dan papa dulu- Thaqif punya dah kira settle dah)

Mommy-mommy sekalian bagaimana pulak? Macam mana plan untuk menyimpan wang anak, pelaburn untuk pendidikan serta masa depan anak?

Comments

  1. Cik mah simpan dlm asb je..yg insuran ank company hubs keje dah cover insyaallah nnti nk amik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asb pun ok.tunggu la ada rezeki nak bukakan akaun asb untuk Thaqif juga...

      Delete
  2. kite xstart lg ni. kalau xstart skrg nnti hbs duit anak yg org kasi. rsau jgk . kena start lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2 mula...huhu... kite lepas raya puasa aritu cpt2 buka akaun anak, risau dok bawak duit byk2 ke sana sini.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d