Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman (Day 121-150) 5Bulan

Assalamualaikum...

How time flies... Dah masuk 5 bulan pun arjuna hati ibu. Sekejap je masa. Bulan depan Thaqif dah boleh makan. Hoorey. Cant wait nak memasak untuk anakda.

Di usia 4m+,1st time demam, abah kata dia nak ringankan badan nak merangkak kot. Kulit  Thaqif jadi merah-merah,miang gatal gitu, ore kelate kata bunga rambai. Siap tidur bertilamkan daun laksamana. Layanz je petua orang tua-tua. Syukur, demam pun tak meragam sangat, tidur malam lena juga.

Nak cuba berbalik dah, tapi cuba secara backward (dari meniarap nak terlentang). T__T. Over bijak kamu ni anak oit, terlentang ke meniarap pun tak pas, nak buat secara backward pulak.

Pandai tarik rambut ibu. Pantang ibu dok sebelah or gomol dia, tangan tu laju je kan nak tarik rambut ibu.

Dah pandai geram kat ibu. Balik kerja ibu ambik dukung, laju je Thaqif gomol hidung, dagu ibu hisap sungguh-sungguh. Adakah itu cara kamu menunjukkan rindu pada ibu? Okey ibu suka tapi nanti ada gigi no gigit-gigit tau.

Nak susu tak nangis to the max dah nangis anje-anje je, banyak main, membebel dan menjerit serta gelak dah sekarang. Nangis nak susu itu atok kata bunyi itik, kalau dia gelak or menjerit excited gitu atok kata bunyi burung. Atok kata :
Pagi-pagi bunyi burung, petang-petang bunyi itik.
Sebab pagi-pagi bangun ceria je membebel etc, macam sini

Loading
Good mood sangat bangun pagi.ibu siap mandi 5.50am dah dengar suara dia yang nyaring ini... #muhamadthaqifaiman
 petang dah ambil ibu, dah bau ibu mula la tak nak susu dalam botol, tak nak dok dalam carseat. Main dengan ibu kat seat belakang until mengantuk dan bunyi nak susu la...


Membebel tak kira waktu, panjang pulak bebel tu... Masa pergi klinik,dok lepak kat ruang menyusu, sibuk membebel tegur kawan-kawan sebaya dia sampai baby lain tak jadi minum dok pandang dia. Haks. Ibu layan je walaupun tak faham. Bebel jelah asalkan tak nangis nak, ibu boleh membuat kerja rumah dengan tenang.

Ada masa menangis juga, manja, tak boleh ibu hilang dari pandangan, nak dukung gitu. Paling tension bila berlaku time ibu sangat nak ke toilet ke hape. Haish... Seb baik ibu bijak berfikir, pasang apple learning quran part doa-doa semua, dia diam dan dengar je bacaan doa semua. Hahaha...cepat-cepat la ibu pergi toilet.

Dah kenal orang. Kalau nampak atok, hohoi... dah tak ingat ibu, sibuk nak mengikut atok je siap hulur tangan mintak dukung.

Suka senyum. Masya-Allah, pantang ditegur orang, senyum je meleret, kadang dia tidur malam, tetiba dia buka mata nak beralih postur tidur , orang tegur dia senyum jugak, pastu betulkan postur tidur, sambung tutup mata... Hahaha...

Suka dok dalam posisi duduk dan berdiri. Mostly suka berdiri... Dalam kereta kite dok belakang letak berdiri kat kusyen belakang sukalah sambil tengok luar... Kadang penat dia duduk 10 saat tegakkan kaki balik.

1 Oktober 2014, officially pandai meniarap sendiri. Dah pandai meniarap itu, nak susu pun meniarap, mandi pun ibu baringkan elok-elok dia sibuk nak meniarap jugak...


Comments

  1. Sekejap kan budak-budak membesar..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. syok kan? tengok perkembangan anak kita sendiri. hehe. Sekejap je dah besar dah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah anis...terasa eh baru je semalam bersalin, tengok2 dah 5bulan dah anak.

      Delete
  3. ank2 cepat je membesar. ank sue tua sebulan dr thaqif.
    salam kenal dr sue :)
    www.sihatitunikmat.com

    ReplyDelete
  4. sekejap je dah besar kan. comel sangat

    ReplyDelete
  5. Salam kenal dear.Comeinye thaqif.Semoga membesar menjadi anak yg soleh.Mesti cair selalu duk tgk thaqif senyum. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan