Skip to main content

M2B : Sesi mendobi baju baby

Assalamualaikum...

32 weeks. Kepenatan semakin terasa dek keaktifan baby bergerak-gerak. Kekejangan kaki tu dah jadik normal dek kite tak boleh dok diam kat rumah, harus nak setel kerja rumah jugak. Time mandi pun kekadang rimas tengok dinding bilik air dah kotor terus nak memberus.
Mulalah husband membebel kat kite suruh jangan buat takut kite penat, tunggu dia je buat.
Apa pun tak boleh buat, nak ikut pergi jalan pun tak di kasi sekarang... Bosannn...
T__T

Weekend yang indah bila tak terkejar-kejar nak balik rumah mertua, dan husband bercuti untuk dua hari.
Eh. Bukan tak suka balik rumah mak, tapi mak pun sibuk berkejar-kejar balik kampung setiap petang untuk kenduri tahlil arwah tok.

Alhamdulillah...part bershopping baju baby dah settle... Peralatan nak dobi baju baby pun sudah ada.
Maka, dah ada masa begini, marilah teruskan sesi mendobi baju anak...
Part ni husband tak membebel pulaks, sebab tak reti katanya. Haish!

Part 1 - baju recycle anak-anak sedara + barut baby.

Part 2 - Baju baru + mittens and booties. Mittens and booties kite masuk dalam washing net je bagi mengelakkan keciciran.

Part 3 - lampin baby

Part 4 - Tuala dan sapu tangan baby.

Lenguh tetangan jugak eh membasuh ni, rasa macam tak banyak, bila basuh, nah 1 baldi besar jugak pakaian baby ni. Menyidai pun jenuh part mittens and booties - itu kerja husband le plaks, kite tolong sikit-sikit ja...


Kids hanger 20pcs pun tak cukup untuk semua baju / seluar baby. Huhu. Dan-dan tu jugak husband ajak pergi ECO (kedai RM2) nak beli hanger lagi tambah. Tak payah la B, first time ni jer basuh banyak camgini. Lepas ni tak sebanyak ni dah sekali basuh.

Penyangkut ni pun kena guna dua.


Penyangkut baru, ada 20 klip pun tak cukup untuk semua mittens dan booties baby...

#prayforMH370





Comments

  1. Assalamualaikum awak. wahh bestnya dah mendobi... hihi. sheila tak sabar nak basuh baju baby, lipat baju dia. hehee. mesti syok sendiri nanti. hehehe ~~~

    ReplyDelete
  2. Salam...teringat pengalaman mndobi baju baby dulu...sesangat excited..kalo nak mudah bli penyidai yg mcm payung tu...ada 2 3 tingkat...atas sekali ad penyepit bnyak2 untuk jemur mitten n bootie...sgt convinient sbb boleh angkat dan ubah2... Ap2 pun semoga slmat dan dpermudahkn semuanya nnti....take good care...

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim - waalaikumusalam... hehe...dah 32weeks saban malam mimpi nk bersalin dah.so baiklah setel dobi baju awal2

    Ruhill Fahima Mohammad - yup excited sangat dobi, pastu imagine anak pakai baju-baju tu senyum sesorang.hehehe...

    ReplyDelete
  4. Wau..seronoknye tgok baju baby banyak2..hehe..
    Mesti feeling2pkaikan baju kat bdn baby kan? Hehe

    ReplyDelete
  5. Seronokkan...best tgok bnyk2 bj bby...geramnyer tgok comel sngt...

    ReplyDelete
  6. assalam,

    .owh! sedang hamil yer? moga dipermudahkan nanti...salam ziarah dari Bunda..

    ReplyDelete
  7. salam singgah cik puan jelita,, puan husna isi tabung baby,, wahh bestnyer nk jady mummy.. semoga di permudahkan yer.. :) jemput singgah blog saya juga ye.. newhusnayusof.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum awak. sheila tgu masuk 30weeks nanti. ni tak sabar gak nak sental baju baby.. hihi sheila klik tabung nuff kamu ya ~~~

    ReplyDelete
  9. banyak nya baju dear.

    aduhai comel2 semua.
    enjoy lah detik2 indah preggy ni ye...time ni lah nak manja2 nga husband..anak mengidam..hi..hi..

    ReplyDelete
  10. cumilnyeeee.... semoga dipermudahkan cik jelita...!!! amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d