Skip to main content

M2B : Dobi Baby Bottle and complete the shopping...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Weekend hari tu sudah settle shopping the final list...
Rezeki, kebetulan duit tanggung kerja dah masuk ken... Memang langkah besar pergi membeli-belah la...

Hiks. Tilam baby nak letak dalam baby cot...  Beli yang boleh lipat jer senang nak simpan. Pastu baru terfikir kenapalah tak beli tilam sekali dengan kelambu yang ada jual online tu, harga pun beza sikit ja... Positif. Tak apalah baby boleh kira sheep atas tilam ni nanti...He...

Pampers pun dah beli. Huggies, as suggestion dari kekawan blog aritu. TQ korang...
Amek warna merah, katanya boleh tahan lama + guarantee will not cause rash. Insya-Allah... For newborn, kite kena extra care sikit, so no worries to spend. Ambik newborn sahaja, sebab aritu doktor kata baby kite masih below 2kg ken. So kite rasa baby kite tak sampai 3kg pun la nanti lahir maka memadai beli newborn sahaja.

Puting botol susu jenama pigeon. Since kite dah terbeli botol susu jenama tupperware dan merasakan puting botol tersebut macam besar je, kite belilah puting jenama pigeon ni (Wide Peristaltic Plus) which boleh guna untuk botol susu tupperware itu ambil saiz SS untuk 0+ month baby. Baru beli 1pcs je sebagai cubaan, tambahan husband dengan yakin kata, B dah tahu nanti. -ok.sila percaya pada kata-kata suami.
Kalau ada pakai botol susu tuppaware jugak boleh beli jenis Wide Peristaltic Plus jenama pigeon ni k. Memang match elok je dengan botol susu tuppaware itu. (iklan kejap).

Semalam sebenarnya penat sangat. Rasa nak tidur je memanjang. Tapi bak kata husband, kite memang jenis tak boleh duduk diam. Nak tidur tapi teringat-ingat botol-botol susu tak basuh lagi. Maka, gagahkan diri dobi botol-botol susu dengan pureen liquid cleanser perisa oren yang wangiii...


Siap dobi dengan cleanser itu, stril secara manual macam orang dulu-dulu, rendam dalam air panas jer. Maklumlah tak beli strillizer. Drying rack pun tak beli, jemur dalam dulang sudah... Kihkihkih... Jimattt...




Semalam kakak kite datang rumah, dia tegur perut kite macam dah turun sikit. Gulp!
Fikir, maybe sebab baju kite pakai semalam tu.
Hari ni pagi-pagi datang tanya kawan kat office... She said the same...
Gulp! gulp!
Nervousaaaa sudah maiii... Beg baby dah siap kemas, beg kite belum siap lagi.

Hye baby...you are ready to deliver now? Erm... can wait for a little time? Give me at least two weeks? Still need settle about my loan to buy the property?
Lots of love, 
Mother.

Comments

  1. Assalamualaikum awak. sheila tak basuh apa2 lagi.. punya malas. hahahaha.. semoga dipermudahkan ye awak. nak dekat dah tu ~~~

    ReplyDelete
  2. @Sheila Salim - how time flies ken...sila rajinkan diri tau.hiks...

    ReplyDelete
  3. kakak kite kate masuk 7 bulan dah boleh start prepare2 brg... T__T kite brg pun x beli lg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-