1st Puasa Bersama Suami

Assalamualaikum.
Pengalaman pertama kali berpuasa dengan suami?
Erm. Masa first day sahur, 4.30 am mata tak boleh lena sebab malam sebelum tu tidur awal sangat.
5am kejut suami, sahur kebetulan ada ayam KFC seketul, baki lunch saya. Sayang tak dimakan, kami hadap yang tu jer, kurma 3biji dan nescafe untuk hubs, saya pilih milo.
Hubs sambung tidur, saya bersiap-siap.
Berbuka puasa pulak, kelam kabut sikit sebab hubs kerja Full, rehat sejam jer petang.
Saya decided pergi bazaar ramadan berdekatan pejabat.
Beli nasi tomato berlaukkan ayam masak merah untuk hubs dan nasi lemak sambal sotong + kerang untuk saya, serta 1 jenis kuih sebagai pemanis.
Wrong decision, jem teruk!
7pm lebih baru sampai LRT, singgah beli air kat speedmart lagi, malas beli kat bazaar sebab macam jauh lagi perjalanan, naik bas + LRT.
Well, dan 2minit nak sampai rumah lagi dah azan!
Okay! First day puasa, kami berbuka dalam kereta.
Hari kedua, sahur. Hujan dengan sangat lebat. Almost nak terbabas kot. Saya ingat jam tu dah banyak kali bunyi, rupanya baru jam 5am. Syukur!
Siap-siap buat air, kejut hubs bangun.
Sedih jer rasa bagi hubs makan biskut cicah nescafe dan 3 biji kurma.
Tapi itulah hubs saya, dia bukan kaki makan makanan berat pagi-pagi.

Okay, cukuplah cerita day1 dan day2 yang sangat details itu.
Day3- day 10 (hari ini), masih dan insya-Allah nasi bungkus jugak menu kami, sungguh tak sempat.
Hari-hari dok sampai rumah jam 6.30-7.00pm.
Redha jer la. Nak cari rumah lain dekat dengan office sayalah.
Lucky husband no complain, well, insya-Allah kena atur masa lagi dengan terbaek!



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my