Skip to main content

M-Life :Persiapan Raya vs rumah kecil kami

Hai!
Pejam celik...Tup-tup puasa pun dah nak abes kot...
Sekejapnya masa berlalu. 
Kalut le lanii nak siapkan persiapan raya pulaks, masuk rumah baru pun time-time ni jugak.
Jom layan persiapan kite.

...RAYA...RAYA...RAYA...

Baju Raya.
1. Baju Nikah L&P 
2. Baju tunang 
** Janji color sama / hampir sama  ^__^

Hadiah untuk parents tercinta.
1. Abah  : Jam tangan
2. Ayah : Kain sarung 
3. Mak : Kain pasang 
**disebabkan majlis pihak lelaki adalah musim raya ni, hadiah untuk ayah mak diberi pada hari majlis (atas par), menantu sangat membajet sekarang. Ampun mak, ayah sayang. Lain kali kita belanja lain yer.

Duit raya. - Done tukar
**Sampul duit raya belum beli - PENDING!

Zakat Fitrah  - Done since 5 Ramadan

Servis kereta - Pending
**tunggu gaji husband la...

Kuih Raya - Pending
**tak beli mahupun order. penat dah bebel dengan suami sayang suruh order sebab dia kata kawan kakak dia buat sedap. Oh! Rasanya saya akan buat jugak tapi simple sajooo...Popia nestum.Yum!

Duit minyak, tol balik kampung, sila suami siapkan.

...RUMAH...KECIL...KAMI....

 Dapur :
1. Tong gas + gas -DONE
2. Wayar dapur - tong gas -DONE
3. Box letak stok makanan - DONE.
4. Tong Beras -DONE
5. Stok makanan kering/ mentah (beras+garam+gula+minyak+sos cili+sos tiram+kicap+sardin+spagetti+sos carbonara+ bawang putih+bawang merah+bawang besar+ milo+nescafe + susu pekat manis+tepung gandum) -DONE
6. Rak pinggan -DONE
7. Set pisau + papan hiris
** Water heater + blender + periuk nasi + ketuhar + mangkuk + mug + kuali + periuk + dapur gas = hadiah kahwin (jutaan terima kasih kepada yang memberi)
** pinggan = culik dari rumah abah. he.

Bilik Air
1. Pencuci lantai
2. Berus toilet
3. Berus kain
** Keperluan lain masih dalam stok

Bilik Tidur Utama + Tetamu
1. Tilam angin -DONE
 **cadar + toto + selimut + sejadah + telekung solat + tuala + kain pelikat + kain batik = hadiah kahwin (jutaan terima kasih kepada yang memberi)

Ruang Tamu
Pending
(target : beli tv + bantal besar + tikar comey)

Total Damages : -+ RM500.
T__T
Tak kira yang penting dapur den lengkap...

#fikir nak bikin apa dengan kipas 3 bijik yang tersadai kat rumah tu. Ia tak digunakan memandangkan 2 bilik dan ruang tamu sedia ada kipas.

**Sehari sebelum cukup 2 bulan kawin, semalam barulah first time en suami merasa masakan isteri (since married).








Comments

  1. bestnyaa masuk rumah baru ye..

    ReplyDelete
  2. @cik hani - alhamdulillah...finally dapat jugak rumah untuk kami...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-