Hari tak boleh online shopping

Assalamualaikum...

Hari ni masuk kerja lambat sikit membawa anak teruna pergi ke Klinik Desa untuk timbang 15bulan.
Sampai klinik dalam 7.50 + kot. Nurse pun baru nak kemas klinik.

Masa sampai klinik tu Thaqif dok syok makan roti coklat lagi, so dok tepi dulu sambil nurse dok tengok buku Thaqif dulu.
Pastu nurse cakap, okey marilah timbang. 
Kemain le ibu membuka baju Thaqif bagai, baru nurse kata bukak selipar je, bagi dia berdiri kat penimbang sini.
Pfff... 1st time mother - tak tahu plak kalau anak dah berjalan lain pulak cara timbang dia. 
Tetiba sebak je hati, oh dah besar anak ibu, tak payah timbang sambil baring dah.
T__T

Masa nak pergi timbang tu debar-debar jugak takut timbangan Thaqif turun atau tak naik. Sekali nurse kata, okey 8.5kg. 
Weeee... Rasa nak melompat, lega sangat berat Thaqif naik, walaupun sekadar 400g. Ingat nak kena bebel dengan nurse dah. Syukurlah.

Dah setel timbang, nurse interview sikit-sikit, 8.05am dah selamat masuk kereta nak pergi kerja dah.

Sekian hari tak shopping online, kemain teruja la panjat tangga planning nak top-up untuk abah, pastu booking tiket flight untuk abah, mak muda serta anak-anak saudara yang nak pergi kenduri pada November nanti sebelum mula bekerja. 

Belek handbag nak call husband, nak update pasal jumpa nurse, nak tanya khabar husband yang sedang sakit gigi. Rupanya handphone tertinggal kat rumah...

Hancur musnahlah segala harapan nak buat online shopping etc. Macam mana nak dapatkan TAC number tanpa phone?

Usaha dok bawak sijil lahir anak saudara semua tu sia-sia bila phone tak bawak.

Dalam banyak-banyak hari kite tak plan untuk shopping etc. Hari ni juga la nak terlupa bawak phone.

Hari ni, hari tak boleh online shopping. 

Walaupun phone murah, tak up to date etc tapi sungguh tertinggal phone umpama tertinggal separuh nyawa. 

Tak dapat la dengar suara husband hari ni.

Comments

  1. betul tu kalau tertinggal phone susah hati dibuatnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.ari xbwk phone tulah mcm2 benda nk buat.nk guna phone sgt

      Delete
  2. rugi wooo xleh online sopim...hikhikhik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my