Skip to main content

khamis itu hari parcel

Assalamualaikum...

Kisah hari khamis lepas.
Hari parcel sampai.


Baju dari zalora. Ihiks. Comel. Suka dah siap berangan nak melaram pergi kenduri hari sabtu tu. 
Namun angan-angan sahaja. Baju sedang elok dah, kain pulak terbesar benar. Puas belek kain tu, kot salah saiz, tapi memang dah tanda s. Fikir kalau oter boleh je, tapi kemalasan nak pergi jumpa tailor. Marilah pulangkan semula kat zalora. Husband suggest tukar saiz tapi daku sudah putus harapan la, lain kali la shopping.

Shaklee yang pantas tuntas. Order petang Rabu, dah sampai jugak. Baru je dalam kepala dok fikir-fikir tak de mesej pun dari shaklee ni, rupanya terus sampai je. Bekalan dalam puasa ni.

Ephyra skin bar. Hiks. Ini hasil menang giveaway dari blog coklat eyes.
Posmen datang, kite kerut-kerut je, eh takde beli barang pun. Siap tanya abang posmen, dari siapa. Abang posmen pun jawab tak tahu awak beli dengan siapa. Nampak sangat muka ni cap membeli barang online...
Nantikan i'olls punya review gebu gebas raya.Kahkahkah.

Comments

  1. Waaa tahniah dpt hadiah lg tu. Boleh lupa yer.. Hehe..

    Kain tu besar tp size S.. Haha . Salah tanda le tu.. Ke kena pakai xs kot..

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Kriteria Blog Mesra Pembaca

    Kedudukan Giveaways EFG Terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak beli tu yg xtau parcel dari mana.hadiah rupanya.

      Delete
  2. hahaha kan dah kena soal blk dgn cik posmen tu.
    yeay tahniah..
    selamat bersabun dgn ephyra..
    lepas tu msk contest selfie utk mng i phone 6 tu..
    good luck

    ReplyDelete
  3. Tahniah gebu gebasla raya ni ye...klu cikna baik outer je, kang tuka2 sz xkena plak dh kne tuka lg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d