Baby & Kidz Fair 25-27 Februari 2016 @ KTC

Assalamualaikum...

Asal baby & kidz fair je memang i'olls teruja. Teruja nak cuci mata dan shopping aka survey harga.

Lagi-lagi bila tengok Baby& Kidz Fair di KTC kali ni lebih banyak booth join kali ni.

Konon janji dengan kawan kiri kanan nak pergi tapi habuk pun takde. Last-last Kak Salma je pun teman mak buyung pergi shopping. Teruja benar i'olls.
Pergi on 1st day tu time lunch hour.

Pergi-pergi orang dah macam lautan kat kaunter pendaftaran. OMG. Biasa tak macam ni pun sebelum ni, mungkin hari gaji kot.Tak kuasa nak beratur demi 1 goodies bag. Terus je masuk ke dalam survey apa yang patut.

1st booth shopping.
Baju si abam Thaqif.
Sehelai RM5 je. Grab 2 pasang. Jumpsuit tu je harga RM10-15 kot. Lupa. Stokin untuk adik baby nanti la. Walaupun stokin zaman abam Thaqif dulu banyak. Baby pun berhak dapat stokin baru juga okey. Tak tahu nape pilih dot-dot ala girlish plak la tengok padahal tak tahu gender pun lagi adik baby. Huhu... Lantok situ... yang penting chomel je.

Next. Ibu's thing. Booth barang-barang pantang, breastpump gitu. Beli brown soap Tanamera yang memang kegemaran sangat. Best-best! Nyah segala daki dan bau kurang enak. RM18.  Pastu try jugak Hibiscus Body Soap. Katanya produk baru tanamera dan lebih efektif untuk sental daki etc. RM25.
Actually nak borong sekali herbal mandian tanamera tapi abes stok plak. Minyak herbanika etc pun ada bajet nak beli tapi tak dapat harga ahli maka tak jadi beli. Hikhik.

Seterusnya. Booth drypers. Promosi untuk pack combo 1 pack saiz S, dan 1 pack newborn RM52. Free blanket dan woven bag. Laju-laju je grab la.
Harga drypers biasa saiz lain 2pack RM65. Kira-kira lagi murah beli online, maka tak beli.

Last stop. Booth baju-baju disney, elmo gitu. Memula malas je nak berhenti sebab eh takut mahal. Pastu tengok harga di tampal RM12-18/sepasang.Berhenti jugak la. Amek 3 pasang untuk adik baby la. Nampak mitten/booties murah jugak RM5/set, terus amek 2.
Balik rumah baru la perasan semua amek saiz L. hahaha... macam la adik baby kang lahir terus dah besar. Kikiki... Redha la adik baby ye... Ibu memang cermat orangnya. Beli untuk long term terus.



Comments

  1. Wah syoknya. Shopping barang baby ni satu terapi.:)

    ReplyDelete
  2. Wah...bestnyer shopping...kan2..adik pun kema ada bj br juga..

    ReplyDelete
  3. bestnyer shopping barang baby kalau akak pun teruja dibuatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my