Skip to main content

oNCE AGAIN... Adik BABy

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur.
Thaqif nak jadi abang dah.
Tak sangka pun.

Kali ni punya pregnancy lain sikit.
Awal-awal baby dah kasi hint, i'm here.

Balik dari trip KL/ Terengganu tu semacam je selera kurang. Pastu makan siap kuar balik segala isi perut. Pening je semendang, tak de mood kerja langsung.
Masa tu cam curiga dah.
Tapi saja menafikan.
Takkan la. Not now. Thaqif under 2y. Oh.Please.

Husband balik. Gurau-gurau jelah, ready nak jadi papa anak dua ke?
Kalau mengandung macam mana?
Banyak gilos pikir.

Sehari sebelum raya. Gatal buat pregnancy test online.
Fine. Raya tu pakat sepupu sepapat ingat i'olls mengandung sungguh.

Raya tu. Semua benda rasa nak makan, pastu bila ambik, sekali haish perut tak boleh masuk banyak-banyak. Kang lebih muatan terus rasa nak keluar balik.
Tension sungguh.

28 September. Balik kerja terus ajak husband singgah tesco. Nak pergi watson cari UPT.

29 September 2015.
The last day husband kat rumah. Pagi-pagi bangun pergi toilet lupa nak test UPT pun. Pastu nak mandi baru ingat.
So test la.
The 2nd line blurr.
Tanya bff, pakat kata positif letew. Adoii...
Kite blurr...
Tak dapat terima kenyataan. Mengandung dengan  anak satu, PJJ dengan husband.
Melodramatic mommy.
I want my husband in every step of my pregnancy journey.

Slowly. Menerima hakikat juga. Rezeki. Rezeki kami. Moga dipermudahkan segalanya.

7 Oktober 2015.
Buka buku merah adik baby la kat KD.
Already 8weeks +.
Mengikut KK, due date 8 May 2016.
Mengikut apps period trekker plak 6 May 2016.

Due date Thaqif dulu, 6 May 2014, lahir pun 6 May 2014 jugak.
So... Adik baby pun kongsi birthday bulan sama dengan abang, kalau tarikh sama pun senang je ibu mengingat 1 tarikh ja birthday. Ihiks.

Apa-pun semoga sihat sejahtera dan dipermudahkan segalanya sudah.

Masalah cuma satu. HB ibu rendah. T__T.

Buku merah belum dapat lagi sebab nurse kata stok kat kD takde. Janjinya nak hantar kat rumah tapi sampai hari ni belum hantar.
Minggu depan nak jumpa doktor nak scan.
Kalau takde buku merah buang karan aa nak pergi beratur kat KK tu aihh...
Tak mood nak jumpa doktor tanpa kekanda disisi. Waaaa...

Comments

  1. Alhamdulilah, rezeki dapat anugerah baby kedua syukur nikmat jaga diri tau, mudah-mudahan sepanjang mengandung baik2 semuanya, wpun jauh dengan suami PJJ, Allah murahkan rezeki byk tau, itu yg kita kena lihat dari sudut berbeza. Tahniah !

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah aimi. smg dapat adapt dgn situasi baru ye. jg diri baik2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ k.sue. alhamdulillah slowly dah adapt jugak.

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Take care ye.Jgn stress2/aktif sgt nti jd mcm kita.Klau x bln dpn dh nk deliver dh....sobbbbbs
    Niway tahniah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih k.zai. insya-Allah kite doakan lepas ni sampai rezeki k.zai dan Aqil dapat adik baby plak.
      tak de aktif2 pun.driving pun husband xkasi.dia suruh continue jelah dgn abah amek antr kite keje.

      Delete
  4. Klau 6 may same la kite..hiksss...

    ReplyDelete
  5. Congrats!!!Wah..Semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...ok la tu klau dapat satu tarikh dengan taqhif...akak pun anak2 semuanya 2 tahun sorang...huhuhu sebab nak kejar umur kan, kawin lewat heheh

    ReplyDelete
  7. Wah..sm mcm azwa juga..adik n kakak nk sm bulan .snng nk celebrate. Hehe

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah adik baby lahir sama tarikh dgn abg long.. bestnya percaturan Allah ni, kan.. sesungguhnya dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat aimi sekeluarga..

    pa pe pon take care k

    tettiba teringat pulak kes ajak. wife dia lahirkan anak anak dorng sama tarikh sama bulan cuma lain tahun. x silap ketiga ktiganya sama..

    ReplyDelete
  9. selamat datang adik baru.. coming soon hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d