Skip to main content

Rezeki Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Minggu ni rezeki kite murah betul. 
Masuk kerja minggu ni memang siap-siap bekal dari rumah 2 keping roti berintikan Spread Hazelnut Gardenia tu. Pastu sampai ofis pun takdelah sibuk nak keluar  makan ke apa sebab tak tahu nak makan apa. Dah bosan dengan menu nasi berlauk area stadium dan hospital.

Hari Ahad tu, dah memang dah ada makan-makan di Hotel Perdana sempena persaraan salah Penolong Pegawai Tadbir.  Kira memang simpan perut makan lunch tu jelah. Tu pun ada PPK yang datang kutip BHT jamu kami apam polka dot-dot air tangan isterinya. Sedap, okey la buat alas perut.

Hari Isnin pulak sibuk bekerja di pagi hari tak makan. Tup-tup Cik Lynn balik dari medical board, dia dapat nasi kerabu, dia bagi kite sebab dia dah order kerabu maggi dengan kawan ofis. Rezeki. Alhamdulillah. Cancel keluar makan tengah hari.

Selasa, konon plan dengan Kak Salma nak keluar lunch makan nasi air. Nah, PPK yang selalu datang kutip BHT bawak beberapa bungkus nasi/bihun. Rezeki kite, ada sebungkus untuk kite. Masa tu dah tinggal nasi kerabu, tapi kite saja mengusik kenapa tak bawak bihun. Sedap.
Laju dia cari orang yang dah amek bihun tukar untuk kite. 
Hikhikhik...

Bihun goreng bukan sekadar bihun goreng. Ini bihun goreng special siap ada ayam bakar. Sedap sungguh okey. Dapat makan hari-hari pun tak pe. Hehehe...


PPK tu memang baik pun, asal datang, dia bawak coklat sebijik pun nak jugak singgah meja kite kasi kat kite.
Dia selalu kata kesian orang mengandung, takut terliur.
Macam-macamlah.
Big Thank You Abe Ja. Moga murah rezeki sokmo sebab rajin belanja kami di rekod ni.

Erm... hari ni nak makan apa plak ye?
  

Comments

  1. alhamdulillah rezeki, baiknya PPK berkongsi rezeki dan menjaga hati ibu mengandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rezeki. hari ni datang bawak nasi berlauk pulak. segan dah kite nak terima.last tnya jugak harga.bayar jugak kat dia.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d