More gifts...part 3

Assalamualaikum...

Murah rezeki anak, ada je orang kasi baju lagi dan lagi...
Mak tok belikan baju raya, kiut miut je. Rujuk entri SINI.

Big thanks to mak tok yang sangat baik hati... baju melayu chomels siap ada lace di leher dan poket.

Pergi jalan-jalan kat pasaraya econjaya bersama mak muda (wife abah), dia beria suruh kite pilih baju nak belikan untuk Thaqif... Kite layankan jelah, nanti tolak kang fikir kite sombong pulak. Kite kemain nak pilih saiz besar sikit, ambil la saiz m, sebab Thaqif pakai saiz s jenama pureen tu fit to him je sekarang. Sekali test, haila lebih kurang je sama besar dengan baju saiz s Thaqif tu. Layan jelah pakai selagi boleh.

 Thank you opah muda... Baju siang sepasang dan baju tidur sepasang.

Sayang sang cinta hati kena pikat keluarganya. Bakal mak sedara Thaqif pun beri hadiah baju jugak sepasang.
Tq mak uda!

Umi (kak long husband) kirim baju raya untuk mak tok, tok ayah dan kakak ainun (sepupu Thaqif) pun tak lupa belikan sepasang baju untuk Thaqif.
Tq umi! Hari tu dah 3 pasang, ini lagi sepasang. Huhu...

Cik long (my eldest sister) pun kirim rompers+seluar untuk Thaqif...
Green! Comey. Tq cik long!

Cik tye (my 4th sister) belikan kasut untuk Thaqif.
Smart sangat, color brown warna favourite papa neh! Tq acik tye. Thaqif boleh 1st step nanti bergaya dengan kasut nilah, sekarang kasut besar dari kaki lagi.

Papa balik, masih ada kawan papa kirimkan Thaqif baju. Kalau tadi ibu salah pilih baju kecik, ini baju betul-betul besar yang 2y punya... Okey la tu, ntah-ntah tahun depan dah boleh pakai berdasarkan tumbesaran anak yang makin bambam setiap hari.

Thank you aunty! Comel as always.

Well papa rindu anak selalu, maka papa pun beli baju jugak untuk putera kesayangannya. 

Lots of thanks papa. Belang-belang. Pandai papa pilih baju Thaqif. Kagum ibu.

Eh! ibu pun tak nak lepas nak enterframe tunjuk baju yang ibu belikan untuk arjuna tersayang ni masa shopping di manjaku 2 hari sebelum puasa tu.
Sehelai t-shirt, sehelai kemeja, dan jeans. Enough to be stylish on hari raya!

Alhamdulillah rezeki anak, rasanya ibu tak kena shopping la baju Thaqif beberapa bulan ni. Hehe. Terima kasih kepada yang memberi, semoga kalian dilimpahi rezeki yang lebih banyak.. Aamin.

Cik ngah Thaqif pun dah warning awal-awal lepas ni ibu tak payah shopping baju dan seluar Thaqif, baju anak-anaknya masih okey untuk dipakai. Maklumlah cik ngah Thaqif ada 4 hero semua pun lahir dengan badan cepat bambam, so banyak koleksi baju la.
 Untung ibu... boleh simpan duit beli duit dinar emas la, buat simpanan untuk masa depan Thaqif jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1