Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman Day 61-90

Assalamualaikum...
Pheww...
Anak dah 3bulan 2minggu lebih, tak update lagi perkembangan anak going 3months.
Alhamdulillah...
Genap 2bulan kite dah tak pakaikan mitten dekat Thaqif dah. Let him explore around him with his hand.
Dia explore sangat dengan masukkan tangan dalam mulut. Kadang-kadang both hands masuk mulut.

2bulan timbang berat 5.7kg dari 4.2kg masa umur sebulan. Terus naik 1.5kg kot. Patut lenguh semacam ibu mendukung dia.

Dah pandai dah cari bunyi-bunyi. Laju je anak mata mencari kalau ada bunyi pelik atau orang tegur dia. 
Kaki sibuk menendang kalau orang tegur dia, minta didukunglah tu. Pastu kalau acah hulur tangan nak ambil dia, badan sibuk gerak jugak, ringankan badan. Tegur, acah je tak ambil, terus nangis la.

Dah ketawa mengekek-ngekek. Malam raya, orang dok main mercun pungpangpungpang, Thaqif sibuk dok ketawa mengekek dengan mak tok, pak uda, dan kakak Ainul. Haish! Sikit pun tak de terkejut atau nangis. Alhamdulillah. Kite ni risau sangat kot dia terkejut tak boleh tidur, menangis kalau bunyi mercun tu.

Nak susu+ngantuk memang nangis to the max lagi. ++ dengan perkataan ngaagaaal. T__T.
Ye anak, ibu tak tinggal anak ibu...
Muahaha...

Muhamad Thaqif Aiman kalau dah tidur memang tak sedar apa, nak susu pun merengek sambil mata tutup. Jaga kalau ibu kacau dia untuk tukar pampers tengah-tengah malam tu. Siaplah berjaga untuk 1/2-1jam melayan dia bercakap.

Rambut dah tebal bahagian depan jela, belakang masih licin lagi. Orang kelantan kata kena 'makan dek bantal', masalahnya anakku tidurnya meniarap. Bantal cap apa makan belakang kepala anak kite ni?

Dah pandai tengok tv. Raya tu ralit je tengok Oscar Oasis dengan sepupunya. T__T.
haiph! Sorry dear soon channel cartoon will be lock by ibu.

Hah tidur meniarap tu dah memang dah, tapi sekarang kepala dah jatuh bantal, jatuh tilam.
Tidur buas!


Tepek sekeping gambar selfie ibu n Thaqif dok dalam carseat.

Comments

  1. be a good boy yea thaqif. bila nk jumpa ngn abam daffa nih. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...nina bsalin aritu teringin jugak nak p melawat.tapi malu2 nak tanya alamat.kih3. insya-Allah, abam daffa balik kelate lagi meh kite jumpa sama2...

      Delete
  2. Assalamualaikum awak. comelnya dia.. Adam pun sama, rambut belakang non hado. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...haha...kite sekarang rajin dok boh minyak zaitun kat kepala dia bg cepat naik rambut..org kata myk zaitun ok utk cepat naik rambut.

      Delete
  3. Cute nye. Same lah dgn ozil org cakap cukur bantal. Bahagian blkg mmg botak sikit.

    Nanti naik la rambut tu. Ozil skrg pun rambut depan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg baby macam tu kn scha...redha je...yang penting anak sihat ibu happy je.

      Delete
  4. salam...seronok tengok perkembangan thaqif... dia sendiri tidur meniarap ke tu...org kata kalau baby tidur meniarap boleh elak kembung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kite ajar dia tidur meniarap.tidur meniarap barulah dia tidur lama sikit, krg meragam, perut selesa dan kalau dia muntah susu time tido pun xla masuk hidung.tidur meniarap sangat membantu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my