Toys for my little boy from Hanikimu's Boutique.

Assalamualaikum...

Pejam celik dah 2minggu pun kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Minggu pertama merangkak-rangkak puasa, minggu kedua makin segar. Alhamdulillah semoga stamina kekal ke akhir ramadan.

Minggu ni mesti dah ramai excited siapkan baju raya untuk sendiri dan anak-anak kan. Hu. Kita plak tengah teruja beli toys untuk anak. Hehe... Sabar jelah anak ye. Ini pun untuk awak jugak.

Kisahnya, atok kalau tengok tv sambil jaga Thaqif, malas layan Thaqif borak pastu umpan Thaqif dengan remote astro. Mulalah tangan Thaqif terawang-awang nak capai remote tu. Mula la atok bebel suruh belikan toys untuk Thaqif.

So kesianlah dekat anak asyik diumpan remote astro je, kite pun lajulah survey toys untuk si kecil. Kite pilih beli soft toys sebab rasanya lebih sesuai untuk 0 month ++, disamping kembangkan minda, dan sel-sel otak baby dengan colors, bunyi serta selamat untuk baby gitu.

Banyak membebel, moh tengok apa yang kite beli.

Lamaze stick rattle. Bila Thaqif dah pandai pegang, pastu nak menggigit, nilah kawan dia. He.

Carter's teether softbook. I will read this with Thaqif soon.

Lamaze monkey. Kite gantung dekat dalam kelambu Thaqif, nanti kalau dia bangun tidur, kite tak de dia tegur cik monkey dululah.

 Lamaze wrist rattle and foot finder. Hari-hari pakaikan kat lengan Thaqif bagi bunyi-bunyi.

Apple learning quran. Belum beli bateri lagi, tapi akan bagi Thaqif dengar surah-surah masa dia tidur.



Banyak ke kite shopping? Hehe. Plan awal nak beli 1 toys setiap bulan je, tapi dah shopping online kita nak kena tanggung pos, alang-alang beli jelah yer. Pasni tak payah shopping dah. Hiks.

 Kite shopping di Hanikimu's Boutique. Kite contact owner dia thru whatsapp je. For me, owner dia friendly, layan je kerenah kite yang  kejap nak tu, pastu tak nak, then tambah lagi, tapi tetap dapat special price, diskaun postage pulak, dan dapat beg free (beg hitam dalam pic kat atas).

Tetiba buat iklan tak berbayar. sharing is caring. mommy yang cari soft toys, development toys for kids boleh tengok kat Hanikimu's Boutique ni, ada few toys lagi kite aim nak shopping, tapi belum sesuai lagi dengan Thaqif, tunggu dia besar sikit dulu. Hiks...



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my