Skip to main content

Thaqif dok dengan sape?

Assalamualaikum...

Since dah masuk kerja, jumpa sorang tanya 'anak dok dengan sape?'
Kite senyum sambil berkata 'dok dengan atok dia la'
Terpinga semua orang dok pelik dan fikir bertapa hebat abah menjaga Thaqif...
Hahaha...
Itu semua hanya wayang hokey, jangan terlalu percaya.

Besar rahmat dan syukur ke hadrat Ilahi. Kehadiran Muhamad Thaqif Aiman benar-benar membawa tuah kepada keluarga besar kami. Sejak awal kandungan lagi, kami selalu mendapat berita gembira. Alhamdulillah.
(Dont complain nama anak kite panjang, I refuse nak gugurkan Aiman tu yang bermaksud bertuah, which sangat simbolik dengan kehadirannya dalam keluarga kami)

Begitu juga dengan kisah pengasuh ni.
Semasa kandungan menjangkau 7bulan lebih, abah mula dah tanya plan untuk baby, nak hantar nurseri atau rumah orang. Same time, abah dah aim orang untuk jaga cucunya ini.
Kite setuju je nak letak rumah orang berbanding hantar nurseri. Pada masa tu kite tak tanya, atau selidik pasal orang tersebut pun lagi, percaya bulat-bulat pada abah je kerana bila tiba masa barulah kita pergi bertanya.

Time flies, husband dapat kerja etc... 2 hari sebelum kite bersalin, abah balik dari solat asar dan cakap,
Abah jadi nak nikah. Rumah orang tu sebelah surau. Dia ada anak 5-6 orang, kerja mengasuh anak cikgu sebelah rumah dia je.

Me and kakak shock! But happy for abah. Finally. Lega abah jumpa kawan baru untuk dia berborak dan ada orang menjaga makan minum abah.

So mereka bernikah pada 16 Mei 2014, 10 hari selepas kelahiran putera hati kite. Mak Muda. Orang yang sama abah aim untuk jaga anak kite, sekarang jaga abah juga. Mihmihmih...

Selepas mereka bernikah, haruslah kite meminang mak muda untuk jaga anak kite pulak nanti. Mak muda agak keberatan sebab budak yang dia jaga sangatlah manja asyik berdukung je. Kite pasrah mulanya untuk hantar nurseri je. Kemudian, abah pulak kata kesian kat Thaqif kecik lagi nak hantar nurseri, maka abah pujuk mak muda untuk mereka bersama-sama jaga cucu yang ini. 

Alhamdulillah Mak Muda pun okey. Thaqif 1-2hari mula-mula je nangis lebih sebab tak ada ibu. Insya-Allah makin okey dah. Part nak tidur memang masih nangis to the max. Bersabar jelah. Bab mandi, tukar pampers, tukar baju, siapkan susu Thaqif, mak muda la buat. Abah more tidurkan Thaqif, pujuk bila nak tidur la.

So begitulah ceritanya... Atok dan opah sama-sama jaga Thaqif.
 Thaqif hari-hari masih ikut atok hantar dan ambil ibu kerja selagi ibu belum drive sendiri. Atok suka bawa dia sebab Thaqif carseat friendly. Suka tengok sky, cars etc semasa kereta bergerak. Stop kat traffic light, dia mula tegur la.

Thaqif bermaksud mudah faham. Seperti maksud namanya, Thaqif boleh cepat faham dengan situasi baru sekarang ibu dah kerja. Kadang-kadang jer dia agak manja bila ibu ada. Hari pertama, kedua ibu kerja, dia macam nak merajuk juga dengan ibu. Tak nak pandang ibu, tapi masih senyum-senyum bila ibu tegur. Pastu dah abes merajuk tu membebel jer tak berenti. Ibu layankan jelah. Haha...









Comments

  1. Assalamualaikum awak, bestnya atok opah yang jaga Thaqif. rasa selamat sikit bila ahli keluarga yang jaga kan.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...