Skip to main content

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman day 91-120 (4bulan)

Assalamualaikum...

6.8.2014, check up Thaqif 3bulan beratnya dah 6.2kg. Bertambah 1/2kg je kali ni, mungkin nak ringankan badan untuk belajar meniarap kot.

Syukur alhamdulillah since 3x kena cucuk, Thaqif tak sekali pun demam. Meragam sikitlah pada tengah hari pada hari cucuk tu. Mungkin dia baru terasa lenguh akibat kena cucuk kot. Masa dicucuk umur 3bulan ni,langsung tak bunyi pun sebab dia tengah minum susu. Nurse sendiri impress dia tak nangis. Masa 1-2bulan dia nangis masa cucuk tu pun sebab ngantuk, bukan kena cucuk.

Setiap hari ada je perkembangan baru Thaqif ni. Dah mula membebel-bebel, dok sesorang pun bebel je jugak.

Kalau sebelum ni pandai tengok tv sekarang tv memang minat dia, pagi bangun angkat ke luar bilik, dok ruang tonton tv, dia akan auto pandang tv walaupun tv itu blank, pastu tengok ibu dan tengok tv balik. (Nak suruh bukak tv letew)

Tangan masih suka masuk mulut. Dan mula mengira jari. Angkat tangan tinggi, pastu kepal dan buka jari.
(kalau dia nangis, kite main jari-jari kite, mengira kat depan dia nanti dia berenti nangis,syok tengok jari jemari ibu menari-nari kot.)

Dah pandai mengengam tangan, pegang toys dia. Tak dapat masuk mulut bahagian dia nak gigit, mula la dia bising. Pandai tarik rambut ibu. T__T. Ibu sabar jelah.

Tidur meniarap, memang dah pusing 180 darjah dah. Tidur, tangan sorok bawah bantal. Pastu dah pandai tepis bantal kalau tak selesa. Muahaha. Dulu tuan hat turun bantal, sekarang bantal tu yang bergerak, sedar-sedar bantal dok luar kelambu dia.

Belum pandai meniarap, tapi letak meniarap dia sibuk nak angkat bontot dah, gaya nak merangkak je.Over sangat eh anak. Angkat bontot, tolak kaki tapi tak bergerak pun bising lagi. T__T. Ibu sabar jugak.

Nak tidur, mata, kening habis merah dah tapi sengaja tahan tak nak tidur, tendang sana sini, mata tu kelip-kelip, pandang atas.

Dok dalam carseat cool je. Diam syok tengok luar tingkap. Kereta berhenti je dia bising, pelik kot. Kala bosan tengok luar semua dia membebel la.

Dah pandai buat buih mulut. Abes rambut ibu mula gugur.

Dah pandai main gusi, kacip-kacip mulut. Kadang-kadang dok susu suka norrr tarik puting dengan gusi tu. Aik dah nak naik gigi ke eh?

 Awal-awal 3bulan  boleh lagi makan sambil meriba dia.100days +, dah pandai tepuk tangan ibu kalau ibu pegang cawan/sudu/makanan. Not now sayang, Thaqif makan nanti umur 6 bulan.


Comments

  1. Tembamnya baby..Selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  2. Amboi thaqif...bam bamnya..azwa 6 bulan baru 6.3 kg tau..ish2....seronok bc perkembangan bby...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-