Skip to main content

Ibu yang risau

Assalamualaikum...

Semalam EL lagi, pergi klinik lagi sebab semua orang merungsingkan buah fikiran ibu muda ini dengan memberi pendapat tentang kesihatan anak.

Hoho... minggu lepas kan dah cuti sebab anak demam. Walaupun anak bukanlah jenis meragam, tapi ibu yang risau cuti sampai 2 hari. Rabu tu MIL telefon tanyakan cucu dia. Olololo... sweet sangat mak tok caring Thaqif siap nak mai melawat. Pheww... Sebagai menantu solehah terus terjawab, takpelah mak esok amy balik sana. Dan-dan jawab begitu walhal cakap dengan husband tak nak balik. Ntah la hati i'olls cepat cair dengan orang tua.

So, Khamis yang indah balik la ke Kemahang 3. Thaqif masih batuk tapi versi biasa sahaja. Malam tu tidur asyik terjaga-jaga, dan selsema aka hidung pun tersumbat. Sejuk kot sebab tulah selsema pulak dak kecik ni. Kemahang memang sejuk pun, tidur tak payah pakai kipas pun gigil-gigil, memang kerja berebut selimut je dengan husband dulu kala, mandi pagi tu pukul 10-11 la sebab sejuk sangat airnya!

Jumaat malam tidur, kite terus konon precaution, buat garlic oil, pakaikan garlic socks, bawang merah kiri kanan bantal.

Tapi masih sama la Thaqif terjaga-jaga je siap nangis dan bangun terus la jam 5.00am tu. Mak tok dan tok ayah la melayan Thaqif. Mak tok dok cakap eh Thaqif bernyawa macam orang lelah la. Asyraf dan Adam macam nilah... (Sepupu-sepupu Thaqif)
Ibu terus nervous terbayangkan Asyraf dan Adam. Mereka dari kecik berapa kali keluar masuk wad sebab lelah sampai sekarang pun masih ulang alik klinik pergi sedut. Scary and sorry for them. Tak nak Thaqif pun begitu. Terus sabtu tu buat steam precaution. Rasanya dalam 5minit je berjaya buat sebab Thaqif menangis, tok ayah kata dah la, dia tak selesa tu. Dah keluar hingus dah.
T__T
Terpaksa redha jela. Memang hingus dah keluar tapi belum keluar habis, sebab tu nafas masih berbunyi.
Petang tu nak balik tersebut pulak nak pergi klinik. Ayah terus tanya, klinik mana pakar kanak-kanak yang biasa pergi. Terus nervous dengan soalan itu, la teruk sangat ke anak kite sampai nak ke pakar kanak-kanak? Thaqif tak delah batuk setiap masa pun, pastu aktif je melompat sana sini (eh! maksud kite kaki tangan tak dok diam pun mengayuh). Dengan kuasa veto jawab, tak jadi la pergi klinik, kesian la kalau kecik-kecik nak kena sedut bagai.

Balik rumah BIL kite pulak tanya, dah berapa lama batuk, kite jawab la since ahad.
BIL kata, dah seminggu patut jumpa doktor balik dah ni macam ni takut bla bla bla...
Kite so freak out...Awal mertua cakap lelah la apa, ni BIL pulok. Gila tak gelabah, yelah suami dah jauh, korang ni buat cerita macam-macam la.
Malam tu Thaqif dah tak batuk pun since kakak kite bagi madu campur limau nipis. sikit je 1ml gitu je. Tapi masih lagi hidung tersumbat agaknya, asyik terjaga-jaga je. So, drastik sangat ibu EL lagi semalam, pergi klinik. Jumpa doktor check. Doktor cakap okey je, normal je as long dia batuk tak sampai merah/biru mukanya, baby aktif semua, no worries mama. He maybe had block nose je sebab tu ada bunyi.
Terus tanya doktor, pastu saya nak buat macam mana doktor, kesian kadang tak lena tidur...
Doktor pun tulis nama ubat untuk beli kat farmasi. Iliadin Nasal Drop.

(gambar ihsan google)

After klinik, terus ke farmasi beli ubat itu, balik rumah titis dalam hidung Thaqif. Tidur terus lena, dari 10.40am-12.40pm, itu pun kalau ibu layan je dia tak bangun pun, tapi ibu bosan so kacau dia, kiss-kiss sikit. Hihi... Kira tidur lena jela... Hoho... Next time kamu selsema lagi ibu tahu la beli ni.
Petang ke malam pun aktif main, tidur pun nan lena.
 Haila anak, demi kamu...cuti ibu korbankan...
Belum kahwin, belum beranak, demam sikit pun gagah datang kerja, bila ada anak, anak demam sikit, ibu yang cuti beria.








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d