Skip to main content

1ST TIME THAQIF DEMAM

Assalamualaikum...

Thaqif dah 4m++, ni baru merasa demam.
Sabtu.13-09-2014, tengah hari tu, kite pergi rumah mak cik, buat makan-makan sempena sepupu kite yang belajar kat Jordan balik. First time kite drive sendiri berdua dengan anak je. Bangga sat drive kali ni tak de semput-semput kereta, cool je, zikir sepanjang jalan nak bagi hati tenang, anak nangis nak tidur sebelah pun wat tak tahu je (eh! kamu demam sebab nervous ibu driving ke sayang?) 
Balik petang tu tak demam pun lagi. Sampai rumah pun tidur dengan nyaman lagi dalam carseat. **as upload thru ig

Malam itu, Thaqif sedar sebab poopoo dalam pukul 10pm +, jamah kepala, eh panas semacam je. Tanya mak muda, mak muda kata biasa. Tak confident je lagi, tanya abah pulak. Abah kata panas dari biasa tapi tak over heat. Ubat dah la tak de.
Laju-laju pergi dapur bakar garlic untuk campur dalam pevoo,  buat garlic oil. Ibu tak berani nak buat garlic socks takut Thaqif tak sesuai plak.  Garlic oil safe choice, sapu kat badan Thaqif.  Thaqif relax je dok tersenggih-senggih layan atok main. Pheww...

Pastu dalam kol 1.00am +, Thaqif tersedar, mungkin tak selesa, check badan dia panas balik. Kite gelabah balik... Yela, dah le suami jauh, anak memdemam for 1st time pulok... Terus buat air asam jawa pulak, lap-lap dia. Dah tak nak tidur meniarap, tidur mengiring je. Mungkin sebab tak selesa. Pastu biarkan je towel kat kepala dia, agak kering tukar. Gagah la ibu stay up pai pukul 3 pagi dok tukar towel kat kepala anak. Lepas pukul 3.00 am, ibu pun dah terlelap, sedar-sedar anak merengek sebab towel dah kering.Hahaha... Pastu dah tidur dalam berjaga-jaga selalu la.

**antar dalam group whatsapp, bff kite kata mcm smurf dengan towel kat kepala tu.

Ahad, ibu EL la membawa anak ke klinik. Kalut sangat, tak sempat breakfast pun pergi klinik. Menunggu daftar pulak tak de tempat duduk, kus semangat dukung Thaqif. Dah siap daftar, menimbang, ukur Thaqif.  Demam pun berat naik ke 6.8kg yer. Dok tunggu jumpa doktor, Thaqif tidur. Jumpa doktor bagitau la Thaqif demam, ada batuk sikit. Doktor bagi ubat demam je sambil pesan kalau baby susah nafas, atau seumpamanya cepat-cepat datang klinik.

Balik rumah, bagi ubat memang diluah saja ubat itu. Sabar jelah ibu ni. Malamnya check suhu macam dah tak demam dah, batuk je jarang-jarang sekali. Bajet Isnin ibu dah boleh pergi kerja la.

Isnin, kite bangun pagi, mandi nak siap-siap pergi pejabat. Siap mandi Thaqif dah jaga, merengek semacam je. Check suhu, panas pulak. Laju la ibu ambil ubat bagi dia. Meraung susah makan ubat. Dah selesai makan ubat, Thaqif buat macam nak muntah, sekali muntah betul-betul. Habis ubat keluar... Lepas sejam kasi semula ubat, pun sama juga dia buat muntah dan muntahlah. Risau juga muntah-muntah saja ni, sekali lagi EL nak perhatikan dia, kalau-kalau suhu tinggi lagi tengah hari ke petang nak pergi klinik swasta la pulak, suruh masuk ubat kot bontot la since dia payah sangat nak makan ubat.

Lepas 2nd time muntah pagi tu, dia tidur je, dekat jam 9.00am baru bangun. Bangun-bangun sibuk tegur ibu tersenggih-senggih sambil kaki mengayuh. Ololo...pandai sangat bagi ibu suspen eh.
Malam tidur siap golek meniarap dah.

Papa dok mesej jelah tanya keadaan anak, risau siap mintak maaf rasa bersalah sebab tak de masa anak sakit camni. Hoho... Kite tak rasa apa-apa pun. Redha. He's there working, for us too. Bersyukur sangat dah Thaqif demam, malamnya seperti normal juga tidur. Siang pun bukanlah meragam  sangat. Fikir, kalau kite rasa susah, ada lagi orang yang lebih susah. Kalau kite rasa anak seorang dah kelam kabut, bayangkan orang lain yang anak tiga empat suaminya jauh. Bersyukur sahajalah. To husband, dia rasa hutang banyak sebab tak dapat spend time dengan anak semua. Apa nak buat, sabar jelah dear, insya-Allah may next baby we all be together.

Comments

  1. susah hati kan kalau anak sakit...
    Iqy penah demam sekali, tapi tak teruk sangat, biasa harini demam, esok baik dah..dan alhamdulillah Iqy jenis yang tak meragam time demam, elok je dia tidur lena...kite plak yang risau duk pantau keadaan dia..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang risau nory, lg2 husband jauh...hoho.
      Alhamdulillah thaqif pun bkn jenis sgt meragam, lite2 manja ngn ibu je.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-