Skip to main content

#travelling johor : makan,makan, makan

Assalamualaikum...

Sekian lama husband ajak pergi Johor, jalan-jalan jumpa kawan-kawan dia.
Tapi kerisauan nak berjalan jauh berdua dengan anak kecil. Fuh... Tak sanggup la.
15.11.15 akhirnya diberi peluang menjejaki tanah JDT bersama anak, abah, mak muda semua untuk hantar adik tiri kite lapor diri di JKN Johor Bharu.

Since husband expert dah dengan JB seronoklah kami di bawa berjalan-jalan disekitar sana.
Sampai je JB malam 15 nov tu, husband bawa kami jalan-jalan tengok lampu , air pancut berlampu berirama di taman merdeka. Seronok Thaqif menari-nari mengikut lagu kat situ.
Berhenti tengok Singapura dari tambak johor.

 Malamnya diakhiri dengan makan mee rebus tulang di zz mee rebus tulang.
Memang pekat, penuh rasa yang terbaik dari ladang. Orang tak putus-putus pun singgah kedai ni.
Tapi kite tak layan sangat makanan situ sebab tengah demam, sakit tekak. Selera memang ke laut la yer.
mee rebus tulang amek satu je untuk abah. Bagi rasa-rasa je cukup.

16 nov 2015. 
Hari adik tiri lapor diri ke JKN. Lepas hantar dia ke JKN terus husband bawak ke food court yang biasa dia makan pekena lontong kering, lontong basah, dan soto bihun.
Murah dan sedappp...
Soto dimusim demam boh sambal kicap pulop. Pergh... memang kena tekak. Ni dok teringat-ingat. Sedapnya. Bergedil pun sedap lahai.

Lontong kering untuk abah

lontong basah untuk mak muda

my bihun soto. husband makan roti jala je pagi tu.

Lepas breakfast. Pusing-pusing JB. Husband bawak ke kawasan baru rumah contoh, dekat sangat dengan tambak Johor. Cantik.
Siap ada taman mainan bagai. Masa pergi tu sunyi je, tak de orang. Seronok Thaqif conquer taman mainan sengsorang.



Habis main kat situ, jalan-jalan tengok legoland. Tapi pusing tengok luar je. Dari dalam kereta je sebab Thaqif dok tidur. Penat main kat rumah contoh tadi tu.
Sian plak nak angkat turun kete bagai.

Balik homestay rehat kejap.
Tengah harinya, adik tiri dapat tahu perlu lapor diri di PKD Segamat pula.
Terus balik homestay kemas-kemas, ingat dari segamat nanti teruslah balik KB esoknya.
Tengah hari tu pun la jem disebabkan banjir kilat. 
Kami pun tersangkut jem. Adik tiri dah pening, pitam sebab dari pagi tak makan.
3pm pun tak keluar JB, tak makan lagi.

Akhirnya decide tak jadi pergi segamat lagi hari tu.
Masa tu dah kat kg melayu majidee.
Husband bawak makan kat foodcourt yang boleh tahan banyak pilihan makanan. Abah dan mak muda makan nasi beriani ayam. Memang mengancam penuh rasa.
Abah puji je nasi beriani tu sebab memang kegemaran dia. Siap cakap kalau dok sini lagi esok pun boleh datang lagi.

Kami suami isteri makan nasi ayam je konon nak cepat sampai makanan. Sesambil nak menyuap anakda makan. Thaqif kadang mood tak makan nasi rasa lain, jalan selamat ibu order nasi ayam la sebab rasa lebih kurang je nasi putih. Ternyata pilihan tepat. Thaqif makan penuh selera.

Order jugak ABC. Husband kata memang foodcourt ni terkenal dengan ABC-nya. Memang besar, sedap dan murah pulak. Aiskrim penuh scoop, coklat meleleh-leleh. Heaven. ABC RM3 semangkuk.


Since malam tu masih di JB. Husband bawa kami jalan-jalan tengok lampu lagi sekali.

berjalan dibawah lampu.

melayan lampu disekeliling bandar JB. Thaqif dah mengantuk. Penat 1 hari jalan.

Dah puas tengok lampu pastu makan chicken chop RM 5 pulak. Pun harga berbaloi-baloi dan sedap.
float sedapp...

kite punya fish n chips.

chicken chop.

Makan semua RM5. Ikan, ayam semua bukan sekeping tapi 2-3keping. Abah n mak muda pun mengalah nak habiskan. Kite pun makan tak abes. Tekak masih tak ok. Hadap float jelah.

17 nov 2015.
6.45am lagi bergerak ke segamat. Lapor diri bagai. 2pm selesai semua terus gerak balik KB.
Memula abah ajak bermalam semalaman lagi kat kuantan. Tapi husband dah homesick. lagi selesa terus gerak balik rehat kat rumah sendiri. Maka teruslah kami balik KB.

Comments

  1. Jalan2 cari.makan...murahnyer chicken chop tu...dah sihat ke cik jelita?

    ReplyDelete
  2. kalau pi jenjalan memang kena makan...kalau tak makan macam x lengkap perjalanan kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-