Skip to main content

#muhamadthaqifaiman : Journey to Wean Off

Assalamualaikum...

Thaqif memang mula on FM sejak umur 8 bulan + disebabkan banjir, EBM semua rosak. Tapi masa tu kira campur lagi la FM dan EBM. 
Since Ramadan, susu kite agak merudum dan terus merudum. 
Banyak la FM berbanding sebelumnya. 
Tapi itu pun kat rumah opah jelah. Ibu balik tetap DF.

Bila tahu nak dapat adik baby. Bermula la fikir untuk stop DF Thaqif. Ikutkan memang takde masalah pun untuk terus BF Thaqif tapi susu dah makin kurang, dengan alahan dan kurang makan lagilah production susu berkurang. Stress, dan kesian kat anak tak puas menyusu. Even diri sendiri pun tak kuat nak stop DF Thaqif sebab dah terbiasa, balik kerja Thaqif terus je dok atas dukung mintak susu tiba-tiba nak kena tahan Thaqif dari mencari susu pulak.
Hujung minggu sepenuhnya Thaqif DF, tetiba nak kena pujuk Thaqif minum susu botol.
Haru...

Perjalanan wean off bermula bila kite bercakap-cakap dengan Thaqif tentang adik baby, Thaqif dah besar kena minum susu botol. Biasanya waktu bercakap ni, waktu nak tidur la. 
Penerimaan Thaqif, memang tak naklah. Dengar ibu sebut susu botol je terus badan pusing ke lain, dan meraung. Huhuhu...

Tapi hari-hari cakap dengan dia la. Add-on lagi ayat : Kenalah belajar tidur sendiri, tanpa susu ibu. Again di tolak.

Hinggalah 1 hujung minggu tu. Hari tu agak keletihan sikit, kerja rumah, makan semua tak berapa nak telan. Susu memang down. 
Sesi memujuk Thaqif untuk minum susu botol hanya disambut tawa oleh Thaqif, mungkin dia bayangkan sementara sahaja. Botol pertama waktu pagi pass, botol kedua waktu tengah hari pass, botol ketiga waktu petang main tarik tali, tak sempat botol ke-empat memang hanya protes mahukan DF jelah. 

Esoknya cuba lagi untuk kembali rutin hari sebelumnya. Botol pertama dah gagal. Hahaha... DF sepanjang hari. Protes kot. Hujung minggu kenapa dia masih perlukan botol kan?
Waktu nak tidur, dan waktu malam masih DF.
Cuma waktu malam dah jarang dah Thaqif bangun mencari susu, sesekali kalau terbau ibu dok dekat tetiba laju jelah cari susu. -__-'

2nd weekend, working smooth. Full day with FM. Memujuk dengan panggilan sayang, ajak pergi buat susu sama-sama. Layankan je dia tonton cerita Robocar Poli, Upin-ipin dan Thomas. Bagi dia dalam mood gembira gitu.  Cuma waktu nak tidur siang/malam jelah masih DF. Saja mengulit tidur agaknya. Suka tidur dalam dakapan ibu.

Weekdays, petang-petang pun saja la alih perhatian Thaqif dari terus mintak susu ibu. Tengok burung etc disekeliling. Balik rumah pun sengaja suruh habiskan susu botol, kasi makanan je. Bila kenyang, tak jadi la mintak susu. Hikhik.

3rd weekend kind of cranky. Kurang berjaya kerana Thaqif tengah demam selsema sikit. Agak manja, tak mo FM. Kembali kepada stage 1 semula DF dan FM sikit je.

4th weekend with smile. Fully FM without stress. Cuma masa nak tidur siang jelah, tidur malam dah takpe kasi je main penat-penat, tidurlah. Tidur siang, memang takde pelali lain lagilah kecuali tidur bukan dengan ibu barulah tak mintak susu ibu. 

Oh. Waktu malam nak tidur. Masih jugak jarang-jarang DF Thaqif bila diminta. Kalau tak mintak, memang kite pusing ke lain, Thaqif pusing ke lain, sedar-sedar dia dah tertidur. Kadang-kadang, saja alih perhatian dia dengan bergurau senda dengan dia. Dok ketawa-ketawa alih-alih dah senyap, rupanya tertidur.
Sambil dok gurau-gurau, alih-alih senyap dah. Tidur la senget-senget.

Kalau Thaqif minta DF, sambil-sambil DF tu pujuk, cakap dengan dia nak jadi abang dah, dah besar, kena belajar tidur sendiri, minum susu botol etc la.

Pastu block tengah-tengah dengan bantal golek antara ibu dan Thaqif. Maka, malam-malam, Thaqif tidur pusing-pusing pun tak masuk kawasan ibu tidur. Bila tak masuk kawasan ibu tidur, tak bau ibu maka tak mintak susu dah sepanjang malam hingga pagi. Kalau terlupa letak bantal golek kat tengah, atau sesekali Thaqif melangkaui bantal golek tu, memang wajib la sibuk cari susu ibu je.

26 Oktober 2015, dalam sejarah, berjaya pujuk Thaqif minum susu botol diwaktu tengah malam. Hihi. Biasa kalau mintak susu tengah-tengah malam kite offer susu botol dia tak mahu, merajuk-rajuk sebab marah ibu macam tak kasi susu ibu. Padahal ibu risau dia lapar je sebab susu ibu tak berapa ada. Hari tu lelama dia redha, pergi buat susu sama-sama lagi. Habis susu sebotol terus letak botol tepi dan sambung tidur balik.
^__^ 

Apa-pun sesekali Thaqif mintak nak menyusu, kite biarkan jelah. Saja, take time jugak bonding, peluk-peluk dengan dia. Mana boleh nafikan hak anak kan?
  





Comments

  1. sedih sebenarnya nak bercerai susu dengan anak ni kan, tapi nak buat macam mana, terpaksa jugalah

    ReplyDelete
  2. i feel u...good boy thaqif ni, proses nak bercerai susu bkn mudah sebenarnya, emosi anak dan emak terutamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan mudah mmg kne sabar byk. alhamdulillah proses utk thaqif wean off tak terlalu sukar.

      Delete
  3. Ala..kesiannya.. jadi abang kena kuat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-