Assalamualaikum...
15 Feb 2013, Pn. Mai,ex-officemate, komen di wall FB jemput pegi kenduri Maulidurasul, Akikah dan Cukur Jambul jugak kat office the next day 16 Feb 2013, Sabtu.
Haruslah laju-laju berminat nak pergi, jumpa kawan lama semua. Rindu.
Seronok kat office lama sebab kami dari floor bawah ke atas dah macam keluarga besar, nak-nak bila kenduri begini, alahai rindu masa-masa bersama-sama makan dalam talam, solat berjemaah, berkerja sama-sama. Ukhwah itu masih tersemai dan sebati dengan jiwa.
On the day, 16 Feb 2013. Sampai di Galeri Ilmu, majlis telah pun bermula, ada Qasidah, ceramah dari ustaz-ustaz, nasyid rabbani, makan-makan semua. Seronok. Indahkan majlis ilmu. Maaflah, tak banyak gambar. Snap banyak gambar, tapi guna hp orang lain, lepas tu tak share dengan hp sendiri. Apakah?
Jumpa ex-officemate semua, peluk kiss, tak kurang dengan ucapan takziah. Terharu, saya tak bersama mereka tetapi mereka masih mengikuti perkembangan saya.
Ex-housemate, Puan Wawa awal-awal lagi cekup saya. 'Malam ni tidur rumah kita.'
Terpaksa mengiyakan selepas pelbagai alasan ditepis beliau.
Saya disitu pun seperti tuan rumah dah, tolong-tolong menghidang, serve dimeja hidangan, dan kemas-kemas selepas majlis.
Habis majlis, pulang ke rumah sewa lama. Berborak dengan puan wawa, dari cerita pemergian mama, sehingga membuka tentang wedding. Cerita pasal pakej wedding, dan persalinan yang saya sudah plan untuk tempah / sudah tempah / sedia ada. Saya bercadang untuk menolak baju-baju yang diserta dalam pakej untuk dapatkan mini pelamin untuk rumah lelaki waktu bertandang nanti.
Puan Wawa : Ambil je baju tu, anak bongsu ken? Buatlah grand sikit, buat majlis berinai ke.
Me : Kos la.
Puan Wawa : Ala buat je, untuk gambar saja, tak semestinya besar-besar.
Me : Tengoklah macam mana... <ayat berat hati tapi dalam hati gedik-gedik>
Puan Wawa : Lepas tu ambil gaun untuk buat buka hadiah dan potong kek malam resepsi tu ke... Cantik. Malam berinai tu nak cantik ambillah songket, lain sikit. Pastu lagi satu pasang buat outdoor pulak.
Me : Wawa memang sengaja buat saya tergoda kan?
Puan Wawa : Hahaha...Bila lagi nak melaram...
Kita tengok macam mana...Segalanya perlu dibincang dengan my dear jugakk tu...
17 Feb 2013
Memasak bersama-sama Puan Wawa untuk makan tengah hari, sambung gosip, menonton video kahwin Puan Wawa, comel jer... Rasa gatal nak video kahwin jugak la. Bayar mahal-mahal, penat-penat berlakon sampai tak sempat layan tetamu, pastu tengok sekali simpan dalam almari. Haruslah fikir seribu kali...
Jam 4ptg camtu, en.Tunang datang ambil ditemani adik kesayangannya, pergi makan kemudian direct pergi shopping. Shopping apa? Kat mana? Tunggu next entry...Hehehe...

pentas utama |
Lauk-pauk hidangan |
rabbani dan ex-officemate lelaki nyanyi teman sejati |
Group Galeri Ilmu sendiri -lupa la mereka nyanyi lagu apa |
staf baru suara sedap... respect la imam muda. |
Jumpa ex-officemate semua, peluk kiss, tak kurang dengan ucapan takziah. Terharu, saya tak bersama mereka tetapi mereka masih mengikuti perkembangan saya.
Ex-housemate, Puan Wawa awal-awal lagi cekup saya. 'Malam ni tidur rumah kita.'
Terpaksa mengiyakan selepas pelbagai alasan ditepis beliau.
Saya disitu pun seperti tuan rumah dah, tolong-tolong menghidang, serve dimeja hidangan, dan kemas-kemas selepas majlis.
Habis majlis, pulang ke rumah sewa lama. Berborak dengan puan wawa, dari cerita pemergian mama, sehingga membuka tentang wedding. Cerita pasal pakej wedding, dan persalinan yang saya sudah plan untuk tempah / sudah tempah / sedia ada. Saya bercadang untuk menolak baju-baju yang diserta dalam pakej untuk dapatkan mini pelamin untuk rumah lelaki waktu bertandang nanti.
Puan Wawa : Ambil je baju tu, anak bongsu ken? Buatlah grand sikit, buat majlis berinai ke.
Me : Kos la.
Puan Wawa : Ala buat je, untuk gambar saja, tak semestinya besar-besar.
Me : Tengoklah macam mana... <ayat berat hati tapi dalam hati gedik-gedik>
Puan Wawa : Lepas tu ambil gaun untuk buat buka hadiah dan potong kek malam resepsi tu ke... Cantik. Malam berinai tu nak cantik ambillah songket, lain sikit. Pastu lagi satu pasang buat outdoor pulak.
Me : Wawa memang sengaja buat saya tergoda kan?
Puan Wawa : Hahaha...Bila lagi nak melaram...
Kita tengok macam mana...Segalanya perlu dibincang dengan my dear jugakk tu...
17 Feb 2013
Memasak bersama-sama Puan Wawa untuk makan tengah hari, sambung gosip, menonton video kahwin Puan Wawa, comel jer... Rasa gatal nak video kahwin jugak la. Bayar mahal-mahal, penat-penat berlakon sampai tak sempat layan tetamu, pastu tengok sekali simpan dalam almari. Haruslah fikir seribu kali...
Jam 4ptg camtu, en.Tunang datang ambil ditemani adik kesayangannya, pergi makan kemudian direct pergi shopping. Shopping apa? Kat mana? Tunggu next entry...Hehehe...
Comments
Post a Comment