Followers

Thursday, 12 March 2015

Pasta Ala Carbonara untuk #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum...

Lama tak kongsi menu anakda. Sendu sikit masak untuk anak sekarang sebab dia dah kurang makan. Dah puas ibu tukar-tukar menu pun tak jalan sangat. 
Mungkin kerana dia lebih aktif sekarang kurang dah nak makan
Tapi tengok kita makan laju dia  ke arah kita.
Mungkin perasan dah besar sangat atau terasa lapar juga tiba-tiba.

Dah.
Marilah berkongsi resepi sekeping.
Biasalah ibu memang champion bab masak campak-campak ye.
Hari ini mari kite kongsikan menu pasta tapi versi ala carbonara sebab bau dia sebijik sebijan carbonara. Sedap... Ibu Thaqif menggelupurr je nak paw.

Bahan-bahan:
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3.Unsalted butter
4. Ayam beberapa hiris
5. Tauhu 1/2
6. 1 biji tomato
7. Brokoli
8. Chicken stock

Cara-caranya: 

Tumis bawang merah+bawang putih guna unsalted butter brand anchor.Masukkan ayam segengam,tumis sama hingga masak, masuk tauhu 1/2,tomato 1biji, dan brokoli. Biar hingga sayur layu gitew. Untuk bagi berkuah kite masukkan 1cube frozen chicken stock. Dah masak,tutup api, kasi sejuk. Baru blend everything.

pasta macam biasa ye rebus hingga lembut dan toskan, baru gaul sebati dengan sos yang siap blend itu.



Nampak tak menariks tapi sedap hookey.

7 comments: