Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Bagi Lagi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat rezeki menang dari giveaway yang kite join.
Join giveaway untuk suka-suka, sokong kawan-kawan blogger dan juga memperluaskan jaringan kawan-kawan.
Tak sangka menang. Memang rezeki la.
Tapi mampu join giveaway kecik-kecik je kot sekarang, yang syarat simple-simple je sebab kekangan masa dan limited access untuk sosial media pada office hour.

Terima kasih kisahamy.com
Hadiahnya sudah sampai semalam. Bila abah bawa balik parcel, hurm macam tak endah je. Pagi ni baru kalut-kalut buka nak tengok barang apa.
Bukan sesuatu yang saya beli tapi hadiah giveaway rupanya.
Siap letak dalam tuppaware lagi. Pink yang menawan kalbu.

Siap tepek printscreen blog kite kat situ. Terharu la.
TQ sangat.

Bila diumum menang, dan bagitau husband hadiahnya collagen powder, husband tanya la untuk apa, okey tak. Of course saya cakap tak tahu. 
Then husband cakap, kalau sampai nanti try dan elok untuk sayang, nanti boleh teruskanlah.

Baik dop suami kite? Kikikiki... Laju-laju dok google la kebaikan, cara guna collagen powder ni.

Anyway, ada menang lagi satu giveaway. Topup RM5. Dah 2 minggu hantar info kepada penganjur tapi takde respon pun. 40x belek blog beliau takut tersalah mengaku sebagai pemenang tapi macam dah betul dah. Erm. No komen. Mungkin sibuk ye penganjurnya. Cuba untuk positif jelah. Kalau dapat claim alhamdulillah, tak dapat bukan rezekilah tu. Tak marah cuma kecewa.

Comments

  1. Tahniah cik puan jelita. Bertambah jelita lg lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cik puan jelita!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1