Skip to main content

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Bagi Lagi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat rezeki menang dari giveaway yang kite join.
Join giveaway untuk suka-suka, sokong kawan-kawan blogger dan juga memperluaskan jaringan kawan-kawan.
Tak sangka menang. Memang rezeki la.
Tapi mampu join giveaway kecik-kecik je kot sekarang, yang syarat simple-simple je sebab kekangan masa dan limited access untuk sosial media pada office hour.

Terima kasih kisahamy.com
Hadiahnya sudah sampai semalam. Bila abah bawa balik parcel, hurm macam tak endah je. Pagi ni baru kalut-kalut buka nak tengok barang apa.
Bukan sesuatu yang saya beli tapi hadiah giveaway rupanya.
Siap letak dalam tuppaware lagi. Pink yang menawan kalbu.

Siap tepek printscreen blog kite kat situ. Terharu la.
TQ sangat.

Bila diumum menang, dan bagitau husband hadiahnya collagen powder, husband tanya la untuk apa, okey tak. Of course saya cakap tak tahu. 
Then husband cakap, kalau sampai nanti try dan elok untuk sayang, nanti boleh teruskanlah.

Baik dop suami kite? Kikikiki... Laju-laju dok google la kebaikan, cara guna collagen powder ni.

Anyway, ada menang lagi satu giveaway. Topup RM5. Dah 2 minggu hantar info kepada penganjur tapi takde respon pun. 40x belek blog beliau takut tersalah mengaku sebagai pemenang tapi macam dah betul dah. Erm. No komen. Mungkin sibuk ye penganjurnya. Cuba untuk positif jelah. Kalau dapat claim alhamdulillah, tak dapat bukan rezekilah tu. Tak marah cuma kecewa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d