Followers

Thursday, 27 August 2015

Bayar Balik PTPTN melalui Pemotongan Gaji

Assalamualaikum...

Dah abes cuci mata, shopping halus-halus kat Baby & Kidz Fair sana terus ke Pejabat PTPTN.
Sangka pejabatnya masih dekat area bangunan Mara sebaris dengan Hotel Habib tu sekali dah pindah ke Tunjong sana.
Rujukan  untuk alamat --->>PTPTN KELANTAN

 Banyak la tanya-tanya pegawai tu pasal PTPTN, Ujrah, SSPN, bayar PTPTN dengan duit KWSP dan pandangan terbaik untuk menyelesaikan PTPTN etc.
Nasib baik pegawai PTPTN tu menjawab dengan sabar je segala persoalan kami.
Alang-alang dah sampai pejabat PTPTN kan, utarakan jelah segala yang terbuku dijiwa.

Untuk buat pembayaran balik pinjaman PTPTN ni ada banyak cara sebenarnya iaitu melalui Kaunter PTPTN,  Pemotongan Gaji, Perbankan Internet, e-FES, akaun II KWSP, EDC Terminal (pembayaran tanpa tunai menggunakan kad atm/debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS), dan mypayPTPTN (apps dalam telefon pintar)

Untuk buat pemotongan gaji macam kite, isi borang -->> Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
Kemudian serahkan borang yang lengkap diisi ke Pejabat PTPTN berhampiran. (Kite hari tu pergi mintak dan isi kat pejabat PTPTN terus je)

 Hari tu ada la jugak tanya pegawai PTPTN minimum maksimum untuk bayar PTPTN melalui pemotongan gaji ni al-maklum dah berkahwin ada anak banyak kos sara hidup kot la boleh bayar RM10 sebulan ka.
Amboih! Melampau...

Jawapannya :

  • Potongan gaji ditentukan berdasarkan jadual bayaran balik. Potongan gaji lebih rendah daripada jumlah di dalam jadual adalah tidak dibenarkan. PTPTN mendapat makluman daripada penerima biaya secara bertulis jika ingin membayar jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
  • Potongan gaji hanya tersedia untuk bulan semasa. Apa-apa tunggakan hendaklah dijelaskan melalui cara lain.
  • Baki minimum untuk potongan gaji adalah RM500.00.
  • Tempoh baki yang dibenarkan untuk pembayaran balik melalui potongan gaji adalah enam (6) bulan.
Maka, potong gaji takde la ye nak bayar 10sen sebulan ke hape, sila bayar mengikut jadual yang ditetapkan. Bayaran lebih adalah digalakkan.
Faham?
Menangis akak ko ni, baru nak naik gaji (tambahan elaun perumahan) dah kena potong bayar pinjaman PTPTN.
Takpelah moga ada rezeki yang lain pulak.
Sobs.

Next kite tanya juga tentang pinjaman PTPTN husband.
Apply Ujrah dan juga pembayaran PTPTN melalui akaun II KWSP.

Nanti share entri lain k. Bye!


7 comments:

  1. saya bayar melalui e-fes je dari dulu hingga sekarang.yang penting akaun tu tukar ujrah dulu.berbaloi sikit bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.tulah kite dah lama tkr ujrah dah.kira lega la sikit tengok amaun nak kena byr

      Delete
  2. saya baru start bayar last month.. sebab suami baru boleh kerja tetap.
    So start bulan lepas kami bayar RM1000 untuk 2 orang (RM500 sorang) 7 tahun baru habis.

    kalau ada bonus pun memang tak ke mana la sebab bayarkan PTPTN.. ni kalau 7 tahun ni boleh angkat kereta..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus cik hani setel ptptn awal2.kite skrg ada bonus etc komitmen lain dahulu.mesti ada je nk guna kelain duit tu.

      Delete
  3. saya pula bayar guna SI..tiap2 bulan bank tolak duit untuk byr ptptn..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang la kan tetiap bulan tolak terus.tak lah fikir sgt.

      Delete
  4. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN

    ReplyDelete