Redemption

Assalamualaikum...

Masa untuk redeem.
Minggu lepas terlebih malas kerja. Haha...
Kerja dok surfing dan redeem point etc je.

1. Trumerx <<klik untuk ke website

4 ketul ubat gigi (rm14.50/pcs)+ 2 botol shampu (rm50/pcs).
cuma bayar kos pos. Rm8.40 untuk ubat gigi, dan RM10 untuk 2 botol shampu.

Untuk trumerx ni kita tak perlu buat pape pun tapi tetiap bulan dapat XRM bernilai RM10-boleh tebus produk dalam website dia je. (boleh bagi nama, e-mel, dan no.tel ke cikjelita899@gmail.com untuk kite invite jadi member)

2. Shopback <<klik untuk ke website

Hasil cashback bila shopping online. Kaki shopping, pastu dapat duit tepi pulak. Seronok sangat. Kat shopback ni best sebab selain dapat cashback berupa wang, dapat jugak point Bcard. Yang ni saja nak cash out RM buat shopping mainan kat anak-anak. Amaun cashback adalah 3angka. Pulun mengumpul tu. Hehehe... Pantas je servis cashback ni, 2-3 hari terus cash masuk akaun tapi disebabkan ibu sibuk je terlepas sale nak beli mainan tengah sale hari tu. Simpan dulu untuk beli time sale akan datang ye anak-anak.

3. Tebus baucer AEON RM20 thru Global Test Market<<klik untuk ke website.
Ni hasil daripada menjawab survey, time rajin klik-klik jawab survey, dapat mata. Kurang memberangsangkan la point sebab sibuk dengan kerja langsung malas jawab survey, tapi kira syukur la ada jugak mata. Ini kali kedua tebus baucer untuk tahun ni, sebelum ni tebus 2 keping baucer AEON RM20. 

4. Bcard. <<klik untuk ke website.

Bcard point ni collect dari belian online, dan isi minyak Caltex. Last year seronok tau Bcard ni, boleh klaim baucer lazada. Sempat la awal tahun hari tu klaim 3 keping baucer lazada RM20. Sekarang dah takde. Tapi seronok jugak, shopping thru 11street, boleh direct guna point BCard tu. Ada promosi diapers Drypers Tesco terus shopping, guna kupon, guna sekali point BCard, terus dapat beli sekotak drypers dengan harga Rm60 camtu.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my