Thaqif kena HFMD

Assalamualaikum...

Cerita throwback la yerk.
Thaqif kena HFMD masa ibu cuti bersalin lagi. 
Saja nak abadikan cerita kat blog.

19 Jun 2016.
Pagi tu Thaqif bangun merengek-rengek dah.
Tapi ibu hanyalah fikir, biasalah orang baru dapat adik, saja nak cari perhatian. 
Pastu Thaqif pergi rumah opah kejap, dalam tengah hari atok hantar balik dah.
Balik tu, pelik dah dok tengok tangan dia ada biji-biji air.
Bajet kena gigit nyamuk, semut jelah kot sebab budak buas kan, tambah kulit pun sensitif jugak.


Thaqif dok suruh ibu garu sokmo, gatal katanya. Kaki pun gatal jugak. Ingatkan nak tidur sebab kalau ngantuk pun suruh ibu garu jugak. 


Tapi tak abes-abes gatal ni. Adik pun dok ekkekkekk. Adoi tension la ibu. Sebelah garu gatal abang, sebelah dukung adik. Kadang rasa nak jadi hulk pun ada jugak masa tu. Sungguh ingat dia mengada-ngada je. 
Boh bedak, boh minyak 
Penat, tertidurlah juga Thaqif tu.
Sorry nak, ibu takde pegalaman ye.

Petang tu, atok datang amek nak bawak Thaqif pergi bazar ramadan. 
Abes canang kat semua orang dia gatal. Jalan pun hincut-hincut.
Masih la ibu neh ingat anak dok wat drama. Kikiki...

Balik dari bazar tu, barulah abah cakap ini sakit macam anak Chik. Sakit tangan, kaki, mulut dah ni.
Memang pun petang tu dia demam, terus tertidur je. Kesian sangat.
Tapi tidurnya tak lena, kejap-kejap sedar. Gatal. Nangis-nangis la mengadu kat ibu dia gatal.


Biji-biji air yang merebak seluruh tangan hingga ke bahu dan dada. 


Mencabar jugak la masa Thaqif kena HFMD ni. Manja, nak perhatian, demam, nak kena garu, tidur tak lena dek demam dan gatal.
Kesian sangat kat dia.
Pada masa yang sama adik pun nak perhatian ibu jugak. Especially malam. Aduhai. Berperang la adik beradik berebut ibu.
Amek adik, abang marah. Tak amek adik, adik nangis.
Cemana nak buat?

20 Jun 2016.
Pergi klinik, jumpa doktor.
Memula kat klinik aktif kemain main gelonsor bagai. Sekali doktor panggil masuk bilik doktor, terus cebek-cebek nangis.
Sabar jelah abang Thaqif oittt.
Makan memang takde nafsu. Susu pun slow la minum.
Minum air jelah banyak.
Doc nasihat bagi makan aiskrim risau merebak ke ulcer dalam mulut.
Alhamdulillah, takde melarat sampai ulcer.

Masih la berebut perhatian ibu hingga ibu pun hampir nak stress, tak tahu nak bagi perhatian kat sapa. Terpaksalah biarkan dua-dua nangis. Ibu peluk tubuh sorang-sorang hingga salah seorang beralah.
Takde yang nak beralah aka berhenti nangis.
Kite akan dekati Thaqif, peluk, cakap ibu sayang Thaqif, ibu sayang adik, tak kesian kat adik ke, etc hingga Thaqif sendiri kendur dan suruh ibu amek adik, atau respon cakap, ibu adik nangis.
Gitew.
Bukan mudah ye ada anak dua.
Kena jaga kedua-dua hati anak.

Abang pulak manja, terpaksalah ibu abaikan adik dulu, peluk abang dulu.
Nasib baik adik semakin besar ni semakin berdikari dan pandai layan diri.

21 Jun 2016. Agak surrender dah. Hahaha...
Mintak bantuan dari Johor pulang melayan kerenah abang la.

Kat bawah ni gambar yang agak surut dah. Bijik-bijik air pun dah pecah dah. Parut-parut tu pun sekejap je menghilang.



Paling syukur sekali HFMD ni tak berjangkit kat adik.
Alhamdulillah sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan