Skip to main content

Merancang Wang Simpanan Untuk Anak Perempuan.

Assalamualaikum.

Anak dah dua. Pulak berbeza jantina kali ni.
Terus la persidangan meja bulat sekali lagi dengan suami tentang penyimpanan/pelaburan dari wang yang Aisyah terima.

Sebelum ni pernah cerita perancangan kewangan untuk Thaqif di SINI.<<klik link untuk baca.

Tapi tak semua yang dirancang kat situ kita praktik. Ada yang diubah dah sebab bajet, dan jugak masih rasa kurang prefer simpan emas untuk anak lelaki. Kekeke...
Maka semua wang Thaqif selamat ke dalam akaun-akaun bank yang dia miliki sahajalah.
Gitu...

Sebelum Aisyah lahir lagi, memang dah dok bincang-bincang dengan husband. Kalau anak perempuan wajib nak beli emas. 
I'olls gadis kelantan-perangai gila emas tu berkobar lebih sikit berbanding gadis negeri lain kot. Memang stok, kalau pergi jalan-jalan kat pasar ke apa, wajib nak singgah kedai emas cuci mata siap tanya harga emas hari-hari.
Sekarang lagi mudah update harga emas kat FB nak lagi advanced dah ada channel telegram kedai emas dok update harga emas hari-hari.

Maka, bila Aisyah lahir. Memang menguntum-nguntum senyum ibu la dapat geng beli emas lepas ni. Kalau papa tarik muka pasal shopping emas, kite suruh je anak dara dia pujuk naa...Hahaha

Eh. Dah melalut pulak.

Okey. Perancangan kewangan Aisyah. 

1. Beli emas
Rezeki Aisyah. Lebat jugak la duit yang orang bagi masa melawat dia kecik-kecik. Kebetulan  pulak, abes pantang tu raya. Lagi tambah rezeki Aisyah.

Maka, dari duit itu, dapat beli la seutas rantai leher untuk Aisyah. Plan asal ibu nak beli rantai mesin biasa je, lepas ni baru nak beli loket tapi sebab serah duit kat mok tok Aisyah minta dia belikan. Redha la dapat rantai leher kanak-kanak yang comel siap ada loket dah. Janji emas u'alls.
-ibu fikir long term. malas nak tukar beli lain 4-5kali. Mok tok jenis, beli ikut sesuai umur la. 
-atok punya reaksi siap berkias lepas ni beli la gelang pulak, pastu gelang kaki. hamboi atok over. Jawapan ibu, sila la Aisyah rajin mengumpul duit raya tahun depan kalau nak gelang. Hahahaha...<gelak jahat>Atok memang sokmo galakkan anak-anak perempuan dia melabur dengan emas. 
Dari duit tu, ada lagi baki seratus dua. Maka, survey-survey boleh la beli sebentuk cincin. Ibu yang dah lama mengidam nak. Guna je duit Aisyah, cincin ibu melaram dulu ye. Hiks.

2. Buka akaun tabung haji. Potongan gaji setiap bulan.
Terus buka tabung haji untuk Aisyah sebab nak terus nak buat pemotongan gaji ke akaun tabung haji. Cukup simpanan untuk daftar haji boleh terus daftar haji la pulak. Kami suami isteri dan Thaqif alhamdulillah dah selesai daftar haji dah. Aisyah punya turn mungkin lambat sikit la sebab duit Aisyah banyak spend membeli emas je. Hehehe...

3. Insurans simpanan/takaful
Alhamdulillah Aisyah dah memiliki polisi insurans seawal umur 2 minggu lagi. Masih stick pada insurans yang sama seperti abangnya. PruBSN dengan agen yang sama. So far, alhamdulillah mudah berurusan dengan agen kite ni. Keep update sokmo.

4. SSPN i-Plus
Hat ni belum buat lagi. Tapi dalam perancangan. Ini akan buat untuk kedua-dua anak kami la. Paling maksimum tahun depan la nak mula, sekarang tak sempat lagi nak ke kaunter PTPTN tu.
Bagusnya SSPN i-Plus ni sebab ada benefit insurans kepada pendeposit. Pakej paling minimum- bulanan RM30. RM20 untuk simpanan, RM10 disumbang untuk insurans. Insurans adalah atas nama pendeposit aka ibu/bapa. Kira kalau kita jenis takde insurans ni berbaloi la ambil sekurang-kurang dapat jugak benefit untuk diri sendiri disamping menyimpan wang untuk anak-anak. Memang la kadang fikir insurans murah kang bayar je nanti kena kelentong tapi bila fikir ini kan bawah kerajaan punya, inshaa Allah okey kot. Tapi SSPN-i Plus ni memang wajib bayar setiap bulan la. Tak bayar terus batal la insurans itu, simpanan tu kekal la. 



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-