Castle Tent For Kids Murah

Assalamualaikum...

Sekian lama ibu mengidam, menaruh harapan, mengejar sale bagai untuk harga berpatutan.
Akhirnya...dapat jugak seketul castle tent untuk anak-anak ibu tersayang...
Hihi... 
Idaman dari Thaqif umur beberapa bulan lagi tau, Thaqif ada adik baru dapat beli...
Redha la anak-anak dapat ibu super maksimum kedekut ni.
Perangai ibu sangat, suka survey, pastu tahu range harga sesuatu tu paling murah, nanhado ibu nak keluarkan duit lebih walaupun seposen demi membelinya. Rela menunggu wey sampai anak umur bertahun pun.


Beli kat Mr.Diy Aeon KB RM38.00.

Sebelum ni banyak dok survey online harga rata-rata RM50+, kalau ada RM39-45 pun belum termasuk pos. Baca-baca kat blog, ada yang bagitahu beli kat mr.diy.
Bila mr.diy buka kat kelantan terus la gigih ajak suami pergi mr.diy demi nak cari khemah ni tapi hampa. Ada je khemah budak, tapi pattern lain. Ibu cerewet, tak mo design lain.
Dari 1 je mr.diy kat kelantan hingga kini dah beranak pinak cawangannya.
Barulah berjumpa dengan castle tent idaman ibu untuk anak-anak.

Dah beli, tapi tak buka lagi, tunggu papa balik baru kita rasmi ye anak-anak.

Next, nak beli set masak-masak,gelongsor dan macam-macam lagi untuk anak-anak. Ibu macam ternampak-nampak je mini playground kat belakang umah tu.
Ibu masak kat dapur, anak-anak main kat belakang tu.

Bila anak dah dua teruja dia lain macam sikit, nak beli apa-apa pun versi boleh main sama-sama.

#justsharing #ibuteruja


Comments

  1. seronokkan bila dapat beli macam2 untuk anak2..akak ni pun terasa nak beli macam2 untk anak2 bila nak masuk rumah baru nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1