Lelaki vs Perempuan

Assalamualaikum...

Pagi ni dalam perjalanan ke pejabat, seperti biasa Thaqif peneman atok hantar ibu ke pejabat.
Semalam sepupunya baru bertolak balik ke KL.
Saja jelah ajak Thaqif borak-borak.

I : Kakak Ifti Liyana dah balik Kuala Lumpur. Kakak Ifti Liyana balik dengan apa abang?
T: Dengan Dedi dia la.
I: Kawan kakak Ifti Liyana yang datang semalam tu lelaki ke perempuan? (merujuk pada kawan kepada Ifti Liyana)
T: Kawan kakak Ifti Liyana tu perempuan. Thaqif pun perempuan.
I : Eh. Thaqif lelaki. Kakak Ifti Liyana perempuan.
T: Adik Iman Firdaus?
I:
T : Adik Aisyah?
I : Adik Aisyah perempuan.
T: Tok ayoh?
I: Tok Ayoh lelaki
T: Mok Tok?
I: Mok Tok perempuan
T: Kakak Ainun?
I : Kakak Ainun perempuan
T: Opah?
I:opah perempuan

<the never ending question>

Sekarang dah anak dua, berbeza jantina.

By hook by crook, i need to face the real Q about boy vs girl.

Perlu gali, dan belajar macam mana nak ajar mereka tentang had/batasan antara lelaki dan perempuan.

Jadi parents bukan sahaja cari duit, bagi anak makan dan hantar mereka sekolah. Adab dan adat pun perlu di tunjuk ajar. Ibu papa role model anak-anak.

Thaqif dalam fasa melihat > mendengar > menghafal = mempraktik/meniru semula fasa-fasa sebelumnya.
Memang cakap, buat apa-apa kena hati-hati sangat sekarang.


Apa cara terbaik untuk terangkan lelaki vs perempuan?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1