Skip to main content

Printer baru!

Assalamualaikum...
Eleh! beli printer pun nak update ker? Hehehe...
Berkait rapat dengan wedding preparation saya ye. Tanpa printer, impian anganku musnah...
Sebelum ni sibuk nagging dekat en.Tunang supaya check printer yang saya angkut dari KB untuk proses printing guestbook, props photobooth yang berlambak dan macam-macam lagi...
Ahad yang lalu, kami pergi ke Digital Mall, gigih en.Tunang mengusung printer itu nak pergi buat isian semula dan modified printer tu. Ala, yang guna ink dalam kotak kat bahagian luar.
Tanya punya tanya, printer itu boleh guna tapi dah lama tak isi ink, mereka tak boleh nak modified. Kalau nak, kena beli ink original dulu yang berharga RM110 + RM79 (kos modified bersama ink tambahan semua). Kami blurr...
SA itu cadangkan kami beli printer baru dengan harga RM190 include modified dan 6 botol ink extra. Hambek harga ink original dah sama harga dengan harga printer baru... Of course ambil yang barulah terus!
Dah ambil yang baru, yang lama pun kena angkat bawak turun jugak. Gigihlah en.Tunang angkat kedua-dua printer bawa turun. Saya leading jalan yang muat en.Tunang dan printer lalu.
Sesiapa yang pernah pergi area digital mall tu mesti tahu betapa sesaknya disitu.


Lepas ni boleh main print-print dan tunjuk kat u'alls guestbook, photo booth props dan projek-projek lain yang berkaitan dengan printing baru yee... tak sabar nak update.
Sekarang tak beli lagi kertas dan tak habis lagi menconteng dekat power point tu signage yang comel-comel.

Wait for next entry...
# 8 March 2013 - Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita yang membaca blog saya yang kecik ini.

xoxo,
cik Jelita

Comments

  1. Huehuehueeee. Haritu Nana pun beli printer baru. Carik ink printer mahal sangat. Biasalah printer zaman batu dulu. Skrg ni 3 in 1. Semua ada. :)

    ReplyDelete
  2. @Amalina Ali -ink printer dah sama harga dengan printer baru, baik ambil yang baru teruslah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d