Followers

Wednesday, 22 February 2017

Throwback : Perkembangan Nur Aisyah Tasnim 0-6 bulan

Assalamualaikum...

Ibu anak dua.
Zaman anak satu dahulu kemain update perkembangan anak setiap bulan. Pheww...
Sekarang anak dah dua terus krikkrikkrik... 

Bukan pilih kasih tapi sungguh sibuk.
Sekarang kerja di seksyen baharu (walaupun dah setahun disini) masih terasa baru jugak. Waktu kerja pun padat sangat. Stress kerja menjadikan hari-hari wajib la keluar lunch. Nak tengok dunia luar jugak. Asyik mengadap komputer dan menjawab telefon yang berhenti berdering tu je kan. Marilah ada masa untuk diri sendiri jugak.

Sorry darlings Nur Aisyah Tasnim. Kasih ibu tak kurang setitik untuk kamu jua. Ibu sayang anak-anak sama rata. Kalau rasa berbeza layanan itu hanyalah mengikut rentak anak-anak.
Anak bujang ibu dah pandai menjauh hati maka ibu sentiasa perlu memeluk dan memujuk dia.
Anak perempuan ibu pun manja tapi lasak dan berdikari. Ibu sentiasa geram nak gomol hookey.

Nur Aisyah Tasnim, anak kedua kot, lahirnya terus pandai berdikari.
Senang menjaganya.
Bulan pertama kelahiran Aisyah tu memang tak banyak bunyi pun. Tidur je sepanjang masa, malas nak bangun tu yang kena jugak kuning kejap.
Alhamdulillah tak melarat kuningnya itu berkat usaha ibu mengepam susu, masukkan dalam botol dan bagi dia minum sejam sekali.
Aisyah memang senang dijaga, pandai berdikari semua, tapi perangai satu je tidur suka nak rasa orang. Nak jugak bersentuh dengan ibu.
Ibu letak dia elok atas bantal kasi jauh sikit dari ibu sebab khuatir ibu tertindih dia atau abang golek tindih dia tup-tup tengok bertepek ditepi ibu. Kadang-kadang saja letak lapik tidur dia tinggi sikit dari tempat ibu tidur, sedar-sedar dia bergolek turun atas ibu. Hahaha...
Mata tutup tapi kepala bergerak. Aisyah ni nak bergerak, golek-golek je kepala dia sampai dapat yang dia nak.
Pernah je sesekali letak Aisyah atas bantal lapik dia. Masa tu kite dok borak dengan Thaqif, Thaqif dok tengok adik dia gerak tapi sepatah pun tak kata apa. Dah elok adik seketul dok bawah dia gelak terkekek-kekek. Dah kenapa, ibu tengah membebel abang gelak. Terus ditunjuknya Aisyah. Tetiba pusing tengok seketul dia dok atas lantai bawah. Exactly same way we put her on her bed.

Umur 2 bulan, Aisyah dah mula pandai buka mata, dah pandai merengek-rengek manja, pandai senyum. Masih tak boleh dok jauh dari ibu sangat. Asyik nak berkepit dibawah ketiak ibu je. Ibu nak buat kerja pun tak senang. Memang sentiasa kena dok depan mata dia sahaja.

Masa tu tak pandai kenal orang lagi, kadang-kadang tinggal je dia dengan opah atau cik ngah dia pergi kedai ke mana-mana dalam sejam dua pun tak de masalah. Aisyah dok mood banyak tidur lagi.
Paling-paling pun dia merengek sebab tak mahu dok kat bawah atau tak nak orang yang mendukung dia duduk. Nak kena berdiri, jalan-jalan barulah tak ekkekkekk...

Umur Aisyah dua bulan lagi memang siap-siap dah latih minum susu dalam botol semua. Alhamdulillah lancar je proses dia. Aisyah mudah sangat menerima.
Tapi masuk je bulan ketiga, test hantar ke taska terus la reject botol, tak mahu duduk taska, nangis je.
Tapi hari pertama jelah yang nangis beria, masuk hari kedua tak mahu tegur ibu lagi sangat, hari ketiga dan seterusnya alhamdulillah dah makin biasa. Lega hati ibu dan papa.

4bulan dah makin aktif anak dara ni. Pandai meniarap, mengensot semua. Masa ni rasa kejapnya masa. Anak dah besar. Hari-hari ada benda baru Aisyah pandai. Slowly angkat bontot, dok belajar nak merangkak tapi belum bergerak jelah. Pergi kerja memang tahap tak sabar nak balik jumpa anak-anak. Nak tengok perkembangan anak-anak.

5 bulan. Aisyah dah pandai duduk sendiri. Dah pandai merangkak. Kat dapur pun selamba je dia turun bendul tu. Pandai dah nak join abang dan sepupu-sepupunya main. Laju je dia sampai kat orang dok main, rampas mainan semua. Thaqif selalu stress la bila Aisyah datang kacau mainan dia.
Bagi dok atas walker tapi Aisyah kurang berminat, paling stress kalau letak kat walker.

6 bulan. Lagi advanced dah perkembangan Aisyah, masa ni dah agak okey bila dok kat walker, dah pandai bergerak sendiri semua. Dah pandai lompat-lompat, tepuk amai-amai, nyanyi je dia terus tepuk. Dah pandai berdiri sendiri.
Suka makan!
Bekal bubur + puree kebanyakan hari selalu habis punya.
Ibu happy dan bersemangat masak la.











1 comment:

  1. pantas betul perkembangan aisyah..ye lah biasanya anak kedua ni lebih berdikari sikikan, lepas tu dia ada karekter yang tersendirilah kadang tu

    ReplyDelete