Skip to main content

Debaran nak menikah

Assalamualaikum...
Huhu...Weekend hari itu, sempat meneman en.Tunang jumpa kawan beliau dari zaman kami belajar dulu, ex-housemate, beza course. Kami info pasal pertunangan kami dan tarikh perkahwinan kami.
Serius dia terkejut. Ntah berapa kali dia dok tanya en.Tunang, 'Yeke dah nak nikah?'
Saya gelak-gelak jelah setiap kali soalan itu terlontar dari bibir dia. 
Hu. Dia nampak lelaki biasa, gila-gila berlawak tak tentu hala tapi dia baik. Macam-macam pesanan la, cerita yang dia share dengan kami pasal perkahwinan yang kekadang kami terlepas pandang...
Tetiba kami rasa macam kami tengah kena ceramah kat abang-abang pulaks. Tapi kiteorang positif je, open mind je sebab kami semua dah kenal lama, sama-sama mengingatkan kalau ada yang terlupa.
Dell tanya macam-macam, pasal barang hantaran, wang hantaran semua. Bla...bla...bla...
Wang hantaran, kalau di Kelantan, mas kahwin = wang hantaran, yang mana akan menjadi hak milik pengantin perempuan.Dari dulu, saya memang jawab, saya tak kisah berapa hantaran @ mas kahwin yang en.Tunang nak bagi, asalkan semua setel.
Since Dell bercerita, dia tanya juga pasal berapa hantaran kakak saya dulu, sebab mengikut Dell, kebiasaannya, wang hantaran si adik (saya) tak boleh kurang dari  wang hantaran kakak. Biasalah, orang akan mengata.
Ah! Sudah. Pengsanlah en.Tunang, kakak dulu kahwin 7k kot, takkan saya nak buat demand pulaks... kami ni pengantin bajet je pun... Saya memahami sangat en.Tunang bukanlah dari kalangan orang senang. Apakah, bila wang mas kahwin itu 7-8k, tambah lagi dengan wang belanja perkahwinan ni berapalah nak dikeluarkan.Huk.huk.
Dalam keagamaan pulaks, Dell pun ada berkongsi pada kami.
Bab solat terutamanya, Dell sangat berpesan kat kami, jagalah solat yang 5kali sehari tu, bagi lengkap. Kukuh solat, kukuh iman, kukuhlah rumah tangga itu, insya-Allah. Selain itu,  Dell kongsikan amalan-amalan lain yang harus dipraktikkan dalam persediaan nak menuju ke alam rumah tangga itu
Huhu.Yeah! Dell tak kahwin lagi jugak tapi dia tahu sebab pengalaman-pengalaman abang, dan keluarganya yang sudah bernikah.
Dell, kau bila nak kahwin? Selamba dia menjawab, Nad dah berkali-kali tanya juga, pasal tu juga kami sering gaduh, bapak Nad pun ada bunyi pasal tunang ni. Dell selalu cakap kat Nad, perempuan ni tak bersedia lagi selagi tak bertudung, kalau Nad dah bertudung baru Dell kahwin. Sebab lepas kahwin, Dell yang tanggung dosa.
Wah! Saya sendiri tersenyap dengan jawapan itu. Respect Dell. Dell dan Nad, mereka gaduh macam nak runtuh dunia pun, mereka masih bersama. Sekali Nad merajuk, Dell sanggup pegi Ipoh pujuk Nad pada masa itu juga. Romantis kan? Harap masa diorang pun akan sampai nanti.
Dari sepanjang kami berkongsi cerita, dalam gelak dan santai, saya pun termenung sekejap, munasabah diri. Ya, ada juga masa terbabas dalam beberapa hal.
Azam saya selepas ini, untuk berubah ke arah yang lebih baik, insya-Allah.
Sebab lepas nikah, komitmen bukan pada diri sendiri sudah, akan ada suami, keluarga suami, kalau rezeki awal, akan berkomitmen pada anak-anak pula.
Inilah debaran bernikahku.
Lebih kurang 4 bulan lagi...
Insya-Allah nak lengkapkan yang 5x sehari,
Doa dhuha setiap pagi (membuka pintu rezeki),Al-Mulk sebelum tidur (ketenangan), 3x sehari surah al-ikhlas (pahala = baca 30juzuk al-Quran), yassin setiap malam/pagi jumaat (sedekah pada yang telah tiada+ utk penghulu segala hari) dan zikir bila terluang(ketenangan, sejuk hati, basah bibir).
Ayuh, sama-sama kita...
^__^

hehehe...saje je taruk gambar masa nak tunang dulu...bosan entri tak de gambor...tQ my BIL ambil gambar dan edit sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM