Skip to main content

Diari Dapur : Banana Filled French Toast

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak kongsi diari dapur kite sebab makin malas nak masak. 
Kalau masak pun simply-simply sahaja dengan kekadang telah dimanjai oleh abah dan suami tersayang dengan kata-kata
  kalau penat tak payah masak kita beli bungkus je.

Semalam dok google aih terpandangkan resepi Banana Filled French Toast ni. Macam terliur nak buat jer lagi-lagi pisang tengah ranum ada kat rumah. Semakin berkobar-kobarlah nak masak breakfast pagi ni... 
Alang-alang balik kerja semalam singgah di Econjaya, belilah roti bata tu...
Rasanya memang yummy!
Resepi kite ada olah sikit dari yang asal. Check it out!

Bahan : 

1. Roti Bata
2. Nutella / Peanut Butter Lady's Choice (kite guna Lady's Choice yang peanut+coklat)
3. 3 biji telur
4. 1/2 cawan susu kotak (kita guna evaported milk sebab lupa beli susu kotak)
5. 1 sudu kecil esen vanilla
6. 2 biji pisang (di hiris bulat)
7. Butter (kite guna majerin adela)

Cara Penyediaan :

1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
4. Silakan makan...( kite spring with some icing sugar on the tops)



**sorry gambor tak chanteks dah terlambat nak pergi keje. Snap sebelum hidang kat abah jer pun. Kami seperti biasa breakfast in the car. Keh3...

Selamat mencuba u'alls sedap tak terhingga, banana + choc inside melting in the mouth!
 Besok nak buat lagi...

Comments

  1. Assalamualaikum awak, wahh sedapnya. nanti nak try! heee thanks kongsi resepi awesome ni ~~~

    ReplyDelete
  2. @Sheila Salim - selamat mencuba. bg officemate rasa pun dia kata sedap.ngeh. makan sekeping share berdua dengan husband pun kenyang sangat dah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...