Makan ala zaman bujang-berdua

Assalamualaikum...

Since hari Rabu abah pergi mengikut pak cik pergi berjalan-jalan ke Gua Musang, tinggallah kami husband-wife berdua sahaja dirumah. 
Balik kerja rasa penat yang amat, rasa nak tidur jer, serasa kalau tak main game masa menunggu suami tu pun boleh tertidur kot. Bila husband sampai cakap tak larat nak masak, cakap nak keluar makan lepas magrib / isyak ke nanti sebab nak balik rehat dan tidur dulu. 
Balik rumah, tak tertidur-tidur pun, sibuk dok borak-borak relaks dengan suami.
Bila suami bangun pergi mandi, kite masuk dapur. Godek makanan yang ada. Lapar tetiba.

Then jumpa sardin, suhun pun ada, terus basuh beras masak nasi...
Mood nak makan kat luar tu terbang pergi sudah... Kecur liur terbayangkan menu kala kami berdua di KL dahulu. Menu sardin simple bersama telur dadar.

Suami siap mandi, kite pulak mandi then sambung masuk dapur. Suami dah tergeleng-geleng kepala tengok gelagat isteri dia. Tadi beria penat tak larat itu ini. Ni dah masuk dapur masak-masak pulak.

Lauk simple. Sardin, wedges dan telur dadar.



Dok sibuk masukkan sardin dalam mangkuk, minta tolong husband goreng telur dadar. Sekali dia nak balikkan telur tu. Dah hilang bulatnya. Terus dia cakap nak pergi tengok tv. Grr...sabar jelah...
Tak apalah janji boleh makan...Hiks.
Masak 2pot nasi habis licin.
Impress sangat, walhal hari masak lauk sedap-sedap 2pot tu makan bertiga dengan abah tu tak habis pun.
Sekali sekala lauk simple tu membuka selera daripada biasa.



Comments

  1. Assalamualaikum awk, wahh terliur kot kalau sekali sekala dapat menu bujang gini. hehee skrg sheila dah termalas sangat nak masak2. hehehhee. hilang mana ntah semangat tu. hihi singgah menabung schick ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe...tp menu yg boleh dibuat time abah takde kat rumah jer...abah ada jatuh la saham iolls sebagai isteri dan anak yang solehah.kekeke...

      Delete
  2. lauk ni la yg buat selera makn.... ada sardin, telur dadar ngan kangkung belacan..perghhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kangkung xdax dalam ice-box.kalau ade haila memang dah jadi kangkung belacan

      Delete
  3. kan kena mask simple2 j baru buka selera :)
    nway tahniah ye.. salam kenal follower baru.
    singgah dri blog mimie :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my