Skip to main content

M2B : Tanda-tanda Nak Bersalin...

Assalamualaikum...

Kala menghitung hari menunggu kelahiran si kecil kami, haruslah mengambil tahu pasal tanda-tanda nak bersalin jugak.

  1. Engages (Rasa macam ye kot, sebab ramai tegur perut dah turun dan bila duduk rasa tersepit)
  2. Kerap Membuang Air Kecil  (Ini selalunya normal la sebagai perempuan mengandung)
  3. Sakit Belakang di bahagian bawah (Ni belum datang lagi over sakit ke apa)
  4. Kontraksi Braxton-Hicks (kalau baby mengeras tu dikira, yes ia agak sering berlaku)
  5. Cirit-birit (normal je jugak, tapi sekarang bab poopoo ni agak mudah sikit - orang kata dah dekat la tu)
  6. Keputihan ( biasanya normal tak banyak pun, tapi sehari dua ni memang lebih dari biasa)
  7. Lendir dan pendarahan (bloody show) - not the time yet
  8. Air ketuban pecah - so not the time yet
Explaination yang lanjut camne tanda-tanda kat atas tu, rujuk SINI.

Masa pergi check-up 36 minggu tu, nurse pun cakap benda sama jer tanda-tandanya terutama dua tanda last tu yang sangat nurse tekankan sebab it's  the time to go to the hospital.

Cerita-cerita dengan sisters, friends bout tanda-tanda nak bersalin. Mereka kata,

1. Kalau boleh muat 4 jari kat atas perut, area bawah payudara. (Ada la buat memang boleh muat pun tapi ntah betul ke tidak cara kite buat tu)
2. Kaki sembab.
3. Berat badan berkurang. (Taklah berkurang, tapi timbangan tak bertambah seperti biasa -dikira ke ye? Confuse lagi)
4. Pusat dah timbul. (Memang dah mula nampak 1-2 minggu ni. Malu kena tegur dengan husband tengok pelik je pusat tu timbul sebab kite jenis pusat dalam)
5. Selera makan bertambah. (Memang pun. Sehari tak pekena nasi rasa macam kebulur, tapi kalau malas pergi beli nasi mengunyah jerlah apa-apa ada depan mata, tak puas makan)

Any others sign  yang kite tak tahu, jom kongsi sama-sama...




Comments

  1. Assalamualaikum awak. sheila dah rasa tanda braxton hicks cuma tak berapa kerap. pusat timbul dengan berat badan berkurangan. hehe awak nak dekat due dah. semoga semuanya berjalan dengan lancar ye ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...selamat menghitung hari sama2 la sheila...hikss...

      Delete
  2. in shaa Allah smga bby keluar sblum bapanya pergi kusus nanti.aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. Chit-cha