Skip to main content

M2B : Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Assalamualaikum...

36Weeks ++, 
Ber-whats app dengan kawan yang baru melahirkan, dia bagi moral support kat kite about bersalin dan suruh praktis teknik bernafas yang betul.
Terus kite risau. Blurr... Tak terfikir pun pasal teknik bernafas ni ke hape. Yang tahu teran kuat dan beranak jela. Apa nak jadi dalam labour room tu redha...
Usaha-usaha nak mudahkan bersalin pulak, buat urutan perineum, banyakkan berjalan, nak bagi bukaan cepat tu buat jalan itik gitu jela.
Terus tanya kawan tu cemana teknik yang betul. Terus dia ceritalah sikit-sikit pengalaman dia. Sesambil kite google jugak pengalaman orang-orang lain.
**Bernafas melalui hidung, hembus melalui mulut. 
(I did this always kot bila baby moves to much dan sebabkan bahagian bawah tu ngilu sikit, atau bila baby asyik mengeras je - baru tahu its good for birth later) 
**Jangan curi nafas masa hembus nanti baby masuk semula.
**Tarik nafas dan lepas melalui mulut pendek-pendek tak apa tapi relaks. 
** Jangan teran sebelum doktor/bidan/nurse tak bagi green light.
** Jangan angkat bontot masa meneran nanti koyak banyak. (Scary)
** Dont makes sound masa meneran, save energy

Itu antara point utama yang kite save dalam minda. 
More info,macam mana teknik pernafasan relaks boleh rujuk babycenter. Others blog yang kite turut baca SINI dan SINI  serta SINI

 Lebih kurang camtu jela cerita-cerita dengan my friend tu, kite kata nanti nak tanya nurse pulak masa check-up nanti. Lagipun my friend tu tengah susah hati. Since melahirkan,sekarang hari ke-13 masih belum keluar wad disebabkan anaknya ada jangkitan kuman pada otak (meningitis) dan perlu continue antibiotik selama 3 minggu.
Kawan-kawan tolong doakan kawan kite tabah dan baby Nur Zara Madeena Bt Mohamad Alif cepat sembuh dan balik rumah...




Comments

  1. semoga baby die cepat sembuh... Sedih kalau bab2 baby ni.... thanks for the tips..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. semoga baby sahabat awak cepat-cepat sihat dan keluar wad. alaa sedih dengar baby sakit2 camni. Allahuakbar. Thanks kongsi teknik sikit. in shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan bersalin kita. singgah menabung colgate sini~~~

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan.. )

    lately mesti terjebak tgk entry mom-to-be.. huhuh.. semoga dipermudahkan ye.. :)

    jemput join di blog sy.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....