Restock Makanan Anak

Assalamualaikum...

Pheww...
Dah lama kot kite tak shopping bahan makanan untuk anak banyak-banyak. 
Selalu beli satu dua jenis seminggu sekali, pastu frozen. Try menu baru pun camtu la, baki frozen jugak. Mihmihmih... Dah few menu pun tukar-tukar, tapi camtulah, ibu malas snap picture, pastu malas update. Sibuk.

Kelmarin bukak peti, fikir menu anak untuk semalam terus blank. Peti kosong, ada susu sahajoo...
Pasta pun ada secoet je. Lepas untuk 1 hari. 
OMG!
Terus panik. Kena pergi shopping ni.
Mata dah terbayangkan Giant.

Sharp je kol 1pm, laju-laju jalan pergi bandar KB. 1.20pm masih terhegeh-hegeh beratur kat Maybank, dah kol berapa nak sampai Giant itu. Terus tak jadi keluarkan duit. Panas perit. Malas je nak jalan, tapi terbayang anak nanti lapar, terus semangat balik.
Grab everything I need. 1.46pm dah keluar dari Giant. 1.54pm selamat sampai pejabat. Hoi... Laju betoii jalan... Tengok barang-barang yang dibeli, senggih sengsorang. Puas hati sangat...

Taraaa...
Cloud9 dan peel fresh itu tak termasuk stock Thaqif.

Cerita kat suami sayang, terus dipuji. Kembang 4 mangkuk ibu Thaqif ni...

Kahkahkah...
Saja abadikan kat sini la tang kena puji kat husband. Dulu-dulu sekolah tak pandai, tak de orang puji, jadi ibu hari-hari ada orang puji, rasa awesome amat... Muahahaha...
TQ suami!
Aishiteruuuu...

 Duhai anak... Untuk kamu... Ibu sanggup je jalan kaki beberapa kilometer tau. Semoga kamu hargai usaha dan kasih sayang yang ibu curahkan ini ye...

Pagi ni, menu masih pasta. Lain-lain menu, esok la baru realisasikan yer. Cuti-cuti baru semangat nak masak kot.

Cant wait to go home and cook for you my little man!

Ibu rasa hari ni nak terjah giant lagi kot, semalam lupa nak beli yogurt dan serbuk kayu manis. Ibu rasa nak masak baked apple with yogurt and cinnamon untuk awak... 

Comments

  1. Air tgn ibu terbaik...smg anak2 ingat jasa ibu bila kita dah tua nnt.

    ReplyDelete
  2. SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
  3. Seronok kan try menu baru tok anak..rajin2 ye masak..sharelah resepi.skali..t le try utk azwa juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1