Diari Dapur : Bubur Jagung Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Menu special suami balik kali ini ialah Bubur Jagung... One of his favourite.

Bahan-bahan :

1.  2kotak santan (400ml)
2. 1 tin jagung kernel
3. 1 tin jagung creamy
4. 1/3 cawan gula ( kebetulan ada air gula-gunalah air gula je)
5. 1 ketul gula melaka (sebab gula melaka yang kite guna tu saiz besar kite guna 1/3 je- tak mo manis-manis)
6. 5sudu besar sagu
7. Air

Cara-cara :
1. Masukkan gula, jagung kernel dan creamy, sagu, dan gula melaka ke dalam periuk. Masak hingga gula melaka mencair dan sagu bertukar jernih menggunakan api kecil sahaja.
2. Agak-aga sagu dah nak bertukar warna jernih, masukkan santan. Kalau rasa pekat, boleh tambah air. Kacau perlahan, biar mendidih.
3. Dah mendidih, boleh tutup api dan biarkan sejuk. Dah sejuk, masuk peti ais.
Hidang sejuk-sejuk sedapnya makan diwaktu musim panas-panas ni.


Komen suami sedap. Abah pun kata sedap, siap request buat lagi untuk dia berbuka puasa cuma tak beli-beli lagi jagungnya. Hihihi... Nampak gaya lepas ni jagung tin ni kena spare selalu kat rumah la, tak lama dah nak bulan puasa ni biar senang nak masak.

Selamat mencuba!


Comments

  1. simple je...gune tin pun boleh ea...xpernh try lagi..boleh buat ni.. save resepi utk bulan puase..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.dok craving nak makan bubur jagung musim takde jagung, guna jelah jagung tin.

      Delete
  2. senang nak masak.. simple jer.. boleh try masak untuk bulan puasa, jimat masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah dan sedap!selamat mencuba

      Delete
  3. sedap nye makan masa berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. Cik mah pun br je buat hari tu sbb beli jagung dr cameron..sedapnyer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my